Ads Top

Santesh Tampil Beri Penjelasan Mengenai Isu Dia Memakai Bendera Malaysia Yang Telah Diubahsuai

Santesh Memuat Naik Video Memohon Maaf Terhadap Rakyat Malaysia Berkenaan Bendera Malaysia Yang Telah Diubahsuai
BARU-baru ini, tular beberapa keping gambar di mana Santesh telah memakai baju bendera Malaysia yang telah diubahsuai di dalam satu program #Mudah Terhibur.

Menerusi penularan video tersebut, dia dikecam teruk oleh netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai memalukan dan lebih bersifat perkauman kerana membuang simbol bulan sabit dan bintang yang merupakan Simbolik “BULAN adalah ISLAM dan 13 BINTANG bermakna 13 Negeri , manakala KUNING adalah warna Simbolik Kepada RAJA BERPELEMBAGAAN”.

Setelah kecaman demi kecaman diterima, Santesh akhirnya bertindak memuat naik satu rakaman video permohonan maaf di atas kejadian yang berlaku.

Video yang berdurasi 47 saat itu juga tular di media sosial selepas dikongsi ramai netizen.

“Salam sejahtera. Saya yang dikenali sebagai Satesh ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terhadap isu baru2 ini”

”Saya niat untuk buat sesuatu yang unik yang bermaksud #Saya Sayang Malaysia”

“Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal atas tindakan saya terhadap rakyat Malaysia”-ujarnya lagi

Video Santesh Di Akhir Artikel:

Terdahulu Viral Penyanyi Santesh Kumar kena kecam sebab ubah bendera Malaysia

BIADAP dan KURANG AJAR !

Kami Rakyat Malaysia dan Rakyat Sultan serta Beragama Islam MENGECAM SEKERAS-KERAS pakaian artis ini.TV3 diharapkan dapat memberikan penjelasan dan kenapa artis ini tidak di tegur sebelum membuat persembahan.

Maksud AKTA 153 Terkandung juga didalam BENDERA MALAYSIA daj disitulah juga Menyatakan Maksud MELAYU RAKYAT RAJA.
(hanya bagi yang tahu)

Simbolik “BULAN adalah ISLAM dan 13 BINTANG bermakna 13 Negeri , manakala KUNING adalah warna Simbolik Kepada RAJA BERPELEMBAGAAN”.

INI satu penghinaan halus kepada sebuah negara yg berdaulat dan juga kepada institusi di Raja Negara ini.

Tindakkan yang kurang waras dan buta adat yang jelas serta satu kebiadapan yang nyata.

Dalam rancangan bersama pengacara Shuk Sahar dan Jihan Muse itu, Santesh dilihat mempamerkan bendera 14 jalur merah putih, mirip bendera Malaysia, pada baju t shirt hitam yang dipakainya, namun pada bahagian bulan dan bintang dibuang dan diubah dengan tanda hashtag (#) tebal berwarna putih.

Selain itu bahagian kotak berwarna biru bendera Malaysia turut diubah kepada warna hitam.

Wanita Umno Bangi menerusi laman Facebook rasminya, mengecam tindakan Santesh membuang gambar bulan sabit dan bintang itu yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Penyanyi India Santesh Kumar ubah gambar bendera, buang gambar bulan sabit & bintang yang melambangkan agama rasmi Malaysia, agama Islam,”

“Berani keluar TV malam tadi dengan seluruh umat Islam melihat perkara itu dalam rancangan, #senangterhibur,”

“Viralkan agar semua orang Islam dan rakyat Malaysia lihat,” tulis kenyataan itu.

Coretan: Celotehsaje




No comments:

Powered by Blogger.