Punca Kematian Pelawak Kevin Barnett Akhirnya Didedahkan
Akhirnya punca kematian pelawak dan penulis skrip Amerika Syarikat, Kevin Barnett, 32, diketahui selepas dia ditemukan meninggal dunia di Mexico pada Selasa lalu.
Menurut laporan sumber E! News telah mendedahkan Kevin disahkan mati akibat penyakit komplikasi pankreatitis.
“Sebaik melakukan autopsi pada mayat, kami mengesahkan kematian Kevin adalah disebabkan pendarahan yang berlaku di bahagian pankreatitis.
“Buat masa ini mayatnya masih lagi ditempatkan di jabatan perubatan forensik Tijuana dan sedang menunggu untuk dihantar kepada anggota keluarganya sementara mereka masih melakukan beberapa proses untuk menghantar pulang mendiang ke Amerika,” jelas ketua perkhidmatan forensik kepada E! News.
Pankreatitis merupakan sejenis keradangan di pankreas. Pankreas merupakan kelenjar panjang yang terletak di atas bahagian perut dan menghasilkan enzim bagi membantu pencernaan serta hormon bagi mengawal tubuh memproses gula (glukosa). – KopiPlanet.com
No comments: