Ads Top

Orang Yang Menasihati Bukan Bermakna Mereka ‘Judge’

Kerap kali apabila kita diberi nasihat, kita katakan bahawa mereka yang menasihati cuba untuk ‘judge’ atau menghakimi apa yang kita lakukan.

Apa beza nasihat dan ‘judge’?

Orang yang menasihati bukan bermakna mereka lebih baik daripada orang yang dinasihati. Tetapi orang yang menasihati juga bukan bermakna mereka buruk sangka atau berniat jahat.

Mereka menasihati kerana kesalahan dilakukan secara jelas di hadapan mata. Jika nasihat yang diberi benar, dan boleh membawa kita ke arah kebaikan, maka apa salahnya kita mengambil ia sebagai pedoman. Umat Islam itu hidupnya bukan nafsi-nafsi (sendiri-sendiri).

Jangan sampai kita terlalu tinggi mendabik dada, hingga tidak ada seorang pun yang mampu menegur kesalahan. Takut-takut, itu hukuman supaya kita lebih jauh dari kebenaran.




No comments:

Powered by Blogger.