Mengapa Tiada Ketenangan Setelah Berkahwin?
Seseorang telah bertanya Ustaz Iqbal Zain; Mengapa setelah bernikah, dia masih tidak mendapat ketenangan. Walhal Allah mengatakan di dalam Al-Quran bahawa Allah menjadikan manusia pasangan daripada kalangan mereka sendiri yang dengannya mereka berasa tenteram.
Seringkali manusia silap memahami konsep ini. Hakikatnya, yang sebenar-benarnya berkuasa memberikan ketenangan ialah Allah sahaja. Pasangan hanyalah alat atau jalan bagi mencapai ketenangan, bukannya pasangan sendiri yang dapat memberikan ketenangan.
Jika bahtera rumahtangga dipandu dengan baik menuju redha Allah, maka pastilah Allah akan menghadiahkan ketenangan dalam kedua-dua hati suami isteri tersebut. Hati yang tenang bukan bermakna tidak ada masalah, tetapi hati yang tenang tahu bahawa sekalipun masalah menimpa, Allah selalu ada untuk membantu mereka.
Video oleh: Cocombee
No comments: