Lee Jong Soo Disyaki Tipu Wang Rakyat Korea Di AS
Pelakon dan pengarah Lee Jong Soo, 43, disyaki melakukan penipuan lagi di California, Amerika Syarikat dengan membuat pinjaman wang baru-baru ini. Sebelum ini, Jong Soo pernah didakwa melakukan penipuan serupa di Korea Selatan pada tahun lepas.
Menurut sumber, Jong Soo yang kini menetap di Los Angeles didakwa telah meminjam wang dalam jumlah yang sangat banyak daripada warga Korea yang menetap di sana.
“Ketika Jong Soo bekerja di sebuah kasino di Los Angeles, dia telah meminjam wang dari beberapa orang Korea sejak Ogos tahun lalu dan tidak membayarnya kembali. Baru-baru ini, dia meminjam lagi sejumlah RM658,000 (US$ 160,000) dan tidak membayar balik kepada mangsa sehingga menyebabkan mereka tersepit dengan keadaan kewangan yang menipis,” kata sumber.
Sementara itu, sesetengah mangsa telah mengupah peguam untuk membawa kes itu ke mahkamah kerana mendakwa aktor itu telah memungkiri janji untuk memulangkan wang yang dipinjamkan kepadanya.
Kes penipuan ini telah dilaporkan secara terperinci menerusi berita tempatan Los Angeles dan Korea bagi mendedahkan identiti sebenar Jong Soo agar tiada lagi yang menjadi mangsa di atas jenayah dilakukan selebriti tersebut.
Sumber : KopiPlanet.com
No comments: