Ads Top

Lady Gaga Pakai Perhiasan RM20 Juta Di Golden Globes


Stefani Joanne Angelina Germanotta, 33, atau lebih dikenali dengan nama glamornya Lady Gaga telah menjadi tumpuan ketika menghadiri majlis karpet merah Anugerah Golden Globe ke-76 dengan pakaian rekaan Valentino Couture serta perhiasan berlian Tiffany & Co. bernilai RM20 juta (US$5 juta) yang dipakainya.
Penyanyi lagu Shallow ini telah dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik serta lagu asal terbaik menerusi filem A Star Is Born yang dilakonkannya bersama Bradley Cooper.
Gaga nampak begitu menonjol dengan rantai Aurora dari jenama Tiffany & Co. yang dikenakan ketika majlis itu di samping anugerah yang diterimanya.
Rantai Aurora merupakan perhiasan buatan tangan yang mempunyai lebih 300 berlian berkualiti tinggi serta 20 per karat mengelilingi batu yang terbentuk di tengah kalung tersebut.
Selain itu, Gaga turut mengenakan anting-anting berlian yang bernilai RM472 juta (US$ 115, 000) serta gelang trio yang berkilauan bagi melengkapkan lagi gaya mewahnya.

sumber - KopiPlanet.com



No comments:

Powered by Blogger.