Ads Top

JAIS & KPDNHEP Serbu Ameer Corner,Sahkan Pemilik & Pekerjanya Bukan Islam

Beberapa hari ini telah kecoh tentang berita pekerja yang ditampo oleh pelanggan di sebuah restoran di Seksyen 25,Shah Alam. Pemilik Restoran Ameer corner tidak berpuas hati dengan tindakan pelanggan itu telah membuat laporan polis untuk membela nasib pekerjanya yang diperlakukan seperti itu. Namun siapa sangka,perancangan Allah. Laporan polis itu telah membuka tembelang pemilik restoran Ameer Corner yang selama ini berselindung disebalik nama restoran Islam

Pemilik restoran berkenaan sebenarnya bukan beragama islam dan telah menipu ramai pelanggan-pelanggannya yang terdiri daripada melayu Islam. Hal ini sterusnya menyebabkan kemarahan netizen. Berikut laporan daripada Ismaweb yang dibuat selepas JAIS dan KPDNHEP membuat serbuat keatas restoran berkenaan.

Silap lapor polis bongkar restoran ‘Islam’ bukan milik muslim

Sebuah restoran di Seksyen 25, Shah Alam – yang menggunakan nama Islam dan tulisan jawi pada papan tandanya diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), gara-gara laporan polis dibuat pemiliknya terhadap lelaki yang menampar pekerjanya.

Kejadian bermula apabila pekerja restoran terbabit ditampar kerana menegur pelanggan menghisap rokok di dalam premis berkenaan.

Pemilik restoran itu yang tidak puas hati membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Malangnya, laporan itu membongkar siapa sebenarnya pemilik restoran ‘Islam’ itu – bukan muslim – dan cuba mengelirukan pelanggan dengan menggantung ayat al-Quran di dalam premisnya.

Berikutan itu, sepasukan anggota Bahagian Pengurusan Halal JAIS dan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, melakukan serbuan, semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja restoran itu, termasuk tukang masaknya, bukan Islam. Hanya dua pekerja sahaja beragama Islam.

Sumber memberitahu, terdapat ayat al-Quran yang digantung di belakang kaunter restoran terbabit dan di sebelahnya tergantung bungkusan kuning disyaki peralatan pemujaan penganut Hindu.

Pemeriksaan juga mendapati kebersihan premis tidak memuaskan dan bahagian pemprosesannya terlalu kotor, sementara bahan mentah, serta peralatan memasak diletakkan di atas lantai.

“Produk daging juga diperoleh daripada pembekal yang tidak mempunyai sijil halal dan tidak berlabel. Pemilik premis diarah mendapatkan daging yang mempunyai sijil halal.

“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dijalankan, kedua-dua pemilik restoran terbabit tiada di lokasi kejadian,” kata sumber itu yang mengesahkan premis terbabit diberi tempoh tujuh hari untuk mematuhi arahan dan perintah dikeluarkan.

Ketika dihubungi hari ini, pegawai JAIS mengesahkan pemeriksaan yang dilakukan di restoran terbabit.

sumber: ismaweb

Netizen berterima kasih kepada abang yang tampar pekerja Ameer Corner

Sejak beberapa hari heboh di media sosial insiden pekerja restoran mamak Ameer Corner di Seksyen 25 Shah Alam ditampar selepas menegur seorang lelaki yang merokok di dalam restoran.

Pemilik restoran telah tampil membuat laporan polis dan salinan laporan polis itu juga telah tular di media sosial .

Dengan tularnya laporan polis berkenaan maka terdedahlah ientiti sebenar pemilik restoran itu yang rupanya bukanlah seorang yang beragama Islam. Pemilik restoran itu sebenarnya adalah seorang yang beragama Hindu.

Berdasarkan laporan polis, pengadu bernama Krisnasamy A/L Thevarayan mendakwa pekerjanya di Restoran Ameer Corner, Seksyen 25 Shah Alam telah ditampar selepas menegur tiga orang lelaki Melayu yang menghisap rokok di dalam restorannya.

Perkara ini heboh dan mendapat kecaman netizen kerana pemilik beragama Hindu tersebut telah menipu dengan mengaburi pelanggan dengan meletakkan nama Islam pada restorannya.

Peni   puan seumpama ini telah berlaku agak lama di kalangan peniaga-peniaga restoran ‘mamak’ di seluruh Malaysia. Mereka beragama Hindu tetapi berpenampilan seperti seorang yang beragama Islam. Restoran pula dihiaskan seolah-olah ia milik orang Islam dengan meletakkan tulisan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’. Ada juga yang meletakkan ayat-ayat Al-Quran untuk menipu pelanggan.

Mereka menjana keuntungan jutaan ringgit dengan menipu pelanggan yang beragama Islam. Rata-rata netizen berterima kasih kepada individu yang telah menampar pekerja di restoran tersebut kerana dengan tamparan itu maka telah terdedahlah penipuan pemilik restoran tersebut.

Sumber: Pakdin.my




No comments:

Powered by Blogger.