“Halal Dan Haram Allah Yang Tentukan, Bukan Manusia”- Fasha Sandha
Nampaknya nama Fasha Sanda dan Aidil Aziz sekali lagi dilanda kontroversi gara-gara gambar yang dimuat naik kedua-dua selebriti popular itu menerusi laman Instagram mereka, baru-baru ini.
Menerusi akaun sosial peribadinya, Fasha telah berkongsi fotonya sedang didukung oleh tunangnya itu.
“Hah, dah ringan ke sebab masa jogging tiba-tiba boleh angkat ibu? Apakah rahsia ibu makin ringan daripada ibu dulu? Coming soon,” tulisnya di ruangan kapsyen gambar berkenaan.
Seperti dijangka, tindakan Fasha memuat naik gambar berkenaan telah mengundang pelbagai kritikan negatif daripada netizen.
“Baru tunang ye. Belum halal sepenuhnya. Please jaga tingkah laku. Dah nampak macam over sangat macam laki bini bergambar. Bukan jeles cuma nak mengingatkan. Maybe awak berdua lupa korang baru bertunang!!, tulis @iskamkn.
@binsurdirman pula meninggalkan komentar, “Baru Bertunang dah main angkat lambung camni..maaf kalau teguran ni menyinggung..tapi ada lebih baik bataskan segalanya sehingga sah diijabkabulkan..maaf sekali lagi kalau teguran ini mengguris hati..semoga hubungan hingga ke jannah.”
‘Bengang’ dengan cemuhan netizen, Fasha terus membalas dengan kata-kata, “Hanya Allah yang tentukan halal dan haram. Bukan manusia. Terima kasih.”
Fasha dan Aidil telah mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu selepas hampir setahun menjalinkan cinta.
Sumber KopiPlanet.com

No comments: