3 Kunci Meraih Keluarga Bahagia
Sebak ketika saya berada di lapangan terbang, saya berjumpa dengan beberapa orang dan dapat berkongsi nasihat. Ada seorang abang ini baik sangat orangnya.
Beliau menangis dan bertanya soalan bagaimana ingin menjadi suami dan ayah yang baik. Sambil teresak-esak beliau berkata-kata;
”Bantu saya ustaz. Saya nak bawa isteri dan anak saya masuk syurga. Ustaz selalu kata kita isteri dan anak cermin diri kita. Saya terlalu sayangkan isteri dan anak-anak saya.”
Saya berkata kepadanya;
”Allah sayangkan abang. Saya suka bila seorang ayah dan suami menangis kerana ingin menjadi yang terbaik untuk keluarga. Abang penatkan. Kesian abang. Begitulah juga isteri abang.”
#1- Solat Sunat Taubat
Kita sebagai suami ringan-ringankan, setiap hari solat taubat 2 rakaat minta petunjuk dan pertolongan Allah.
Minta ampun kerana kurangnya kasih sayang dan didikan kita kepada keluarga yang kita sangat sayangi.
#2- Hidupkan Amalan Ta’lim
Lazimkan amalan ta’lim dalam rumah setiap hari. Rumah kita dipenuhi para malaikat.
Moga kita, anak-anak dan isteri kita diberikan sifat taat dan kasih sayang. Bimbing mereka dengan baik. Dengan izin Allah, semuanya akan menjadi tenang.
#3- Solat Fardhu Awal Waktu
Sebagai ketua keluarga, didiklah ahli keluarga kita dengan mengajak mereka solat fardhu di awal waktu. Kejutkan mereka bersama bangun solat tahajud.
Anak hari ini mereka rindu dua perkara, kasih sayang mak ayah dan kasih sayang Allah. Bawa isteri dan anak jaga solat dan sujud pada Allah.
Saya berpesan itu semua dan saya berkata kepadanya;
Allah sayang abang.
Kami berpelukan dan beliau menangis. Senyumlah walaupun terasa sukar. Menangislah saat terlalu berat dan mengadulah kepada Allah yang Maha Penyayang.
Teruskanlah melangkah dalam syukur dan sabar. Kadang indah kadang tidak tetapi janji Allah bila syukur dan sabar akhirnya dan selamanya indah.
No comments: