Ali Puteh Akui Tiada Masalah Pembahagian Bayaran, Akan Bahagi Sama Rata Dengan Mamak
Pelawak popular, Ali Puteh mengakui dia tidak berhadapan dengan sebarang masalah berhubung pembayaran bersama rakan gandingannya iaitu Mamak.
Ali berkata, sepanjang membuat persembahan bersama-sama sebagai satu kumpulan, mereka tidak akan menyembunyikan jumlah bayaran yang diterima.
“Saya nak minta maaf dulu… saya tak nak sentuh apa-apa isu yang berkaitan kerana mereka semua adalah rakan–rakan-rakan saya.
“Apa yang boleh saya katakan, kalau saya bersama dengan Mamak, kita akan declare berapa bayaran dan akan bahagi sama rata. Memang soal bayaran, sejak dari dahulu lagi tak pernah timbul sebarang isu antara kami,” jelasnya.
Ali berkata demikian ketika ditemui semasa acara kejohanan Celebrities Snooker Tournament yang berlangsung pada minggu lalu.
Menurut Ali, berhubung dengan soal bayaran, ia adalah terpulang kepada kesepakatan masing-masing dan ia perlu diuruskan dengan sebaik mungkin.
“Sejak awal lagi pembabitan kami dalam bidang ini, keputusan dibuat adalah sepakat bersama-sama. Namun, tak dinafikan ada juga antara kami yang salah seorang akan dapat lebih banyak.
“Cuma perkara tersebut kami dah declare awal-awal. Misalnya, kalau job yang diterima itu daripada saya, jadi saya akan dapat lebih. Begitu juga kalau job tu Mamak yang dapat, dia akan dapat lebih dan tak jadi isu buat kami,” jelasnya.
Dalam pada itu, mengenai penglibatannya dalam sukan snooker, Ali memberitahu dia sudah aktif dalam permainan tersebut sejak di bangku sekolah lagi.
Ujarnya, sebelum ini snooker sering dikaitkan dengan judi, sedangkan ia adalah sebuah sukan yang mendapat perhatian antarabangsa dan dipertandingkan di peringkat dunia.
“Dengan menyertai pertandingan Celebrities Snooker Tournament, ia sangat menarik kerana dapat menghimpunkan 120 selebriti tempatan dan sudah dianjurkan buat kali keempat.
“Saya juga agak terkejut dan tidak menyangka penyertaan beberapa selebriti otai. Misalnya, Adlin Aman Ramlie dan Kazar yang sebenarnya cukup hebat bermain snooker,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Ali Puteh Akui Tiada Masalah Pembahagian Bayaran, Akan Bahagi Sama Rata Dengan Mamak appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: