Ads Top

“Kepada Yang Berhati Busuk…” – Puteri Sarah Beri Penjelasan Tidak Hadir Majlis Persandingan BASS

Pelakon popular, Puteri Sarah Liyana tampil memberikan penjelasan berhubung ketidakhadirannya dalam majlis persandingan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang berlangsung pada malam tadi.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon berkenaan menerusi satu posting di akaun Threads miliknya sambil menyertakan teks perbualan bersama Bella di What’s App.

“Semua benda nak kena explain, penat.

“Kepada yang berhati busuk silalah baca ni dan next time tengok story saya ya sebelum JUDGE,” tulisnya.

Menerusi perkongsian berkenaan, Puteri Sarah menjelaskan dia tidak dapat menghadiri majlis berkenaan kerana sedang menjalani penggambaran sebuah telemovie.

Dalam teks tersebut, Puteri Sarah turut menitipkan ucapan tahniah kepada Bella dan Syed Saddiq serta mendoakan pasangan tersebut.

Malah, Bella juga membalasnya dengan memahami rakannya itu yang sedang terikat dengan pekerjaan dan menghargai doa yang diberikan. – KopiPlanet.com

The post “Kepada Yang Berhati Busuk…” – Puteri Sarah Beri Penjelasan Tidak Hadir Majlis Persandingan BASS appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.