Ads Top

Drama ‘Sujud Terakhir Encik Norman’ Tampilkan Sisi Lain Di Sebalik Kisah Penyondol

Drama Sujud Terakhir Encik Norman (STEN) terus mendapat perhatian netizen dari episod ke episod.  

Topik utama kebelakangan ini merupakan topik penyondol dan kelainan yang dibawakan oleh Shahrul Ezad dalam setiap karya yang diberikan.

STEN telah memulakan tayangan pada 4 Februari lalu susah menjadi buah mulut. 

Antara komentar netizen perihal drama arahan Sharul Ezad ialah seperti di bawah:

“Kalau cerita shahrezad mohammadien xpernah tak menarikand special.”- ujar Nailofar Annuar.

Khalayak memang sudah mengenali stail pengarah yang dikenali dengan nama Budak Ijat ini yang akan menterjemahkan kelainan yang sentiasa dinantikan para peminat setia drama televisyen tempatan. 

“Jika mahu tahu kena tonton kerana anda akan menemukan banyak kejutan dan pengajaran dalam naskhah ini,” ujar Budakijat.

Menariknya, tarikan ‘tak semua penyondol jahat’ itu telah membuatkan pelbagai reaksi di sosial media. 

“Sumpah la how dare org yg tulis skrip ni, Penyondol kene la fefeeling perfect supaya dicintai, bukan sebab kesian suami tak dihormati, Second how dare suami rasa dayus tapi tak nak lepaskan isteri sebab syg tapi kawin lain??? 

“So tak masuk akal, if ko nak anak pergi kawin ngan org boleh bagi anak, bukan kawin lagi pastu dah mati menyusahkan org…” ujar IzzAiddah Izzi. 

“Penyondol ni dh jd hantu pun tetap jahat knn😂 nk menangsdri jugak”- ujar realmokhsz9 dalam lucu namun seperti ada kebenaran. 

Screenshot

Antara bait skrip yang menarik perhatian adalah dialog antaraAidil Aziz, Sharifah Sakinah dan Trisha Ooi dalam satu adegan.

Trisha Ooi yang membawakan watak ‘penyondol’ bernama Alisa menyatakan bahawa tidak semua watak penyondol dalam dunia ini jahat. 

Niat Emma cuma berasa kasihankan Norman kerana dia rasa tidakdihormati oleh isterinya. Ini disebabkan isterinya yang obsesdengan kejayaan dunia.  

Dan jawapan dari isteri yang tersakiti bernama Emma lakonan Sharifah Sakinah ternyata mendapat perhatian ramai… “Kau guna alasan untuk halal niat kau dan sondol suami aku. “

Justeru jika mahu tahu apa sahaja kejutan drama bersiri terbitan Radius One terbaharu ini, jangan lupa STEN bakal bersiaran setiap Rabu dan Khamis menerusi slot DramaVaganza pukul 9 malam di Astro Ria

Drama 28 episod yang mengangkat teman keagamaan, hubungan kekeluargaan dan pengorbanan ini juga bolehditonton menerusi penstriman di Astro GO dan Sooka. – KopiPlanet.com

The post Drama ‘Sujud Terakhir Encik Norman’ Tampilkan Sisi Lain Di Sebalik Kisah Penyondol appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.