Uyaina Arshad Sahkan Kini Sedang Hamil Anak Ketiga, Usia Kandungan Sudah Cecah Tiga Bulan
Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan sudah mencecah tiga bulan.
Perkara tersebut diumumkan dalam satu posting video wawancara komedi yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya.
“Sebenarnya saya simpan cerita ni dah lama dan eksklusif untuk Uyaini dan juga nurtizen semua, ada sesuatu yang saya nak beritahu.
“Saya sebenarnya sedang mengandung tiga bulan. Suprise…,” ujarnya yang juga isteri kepada pelakon Raja Syahiran.
Menerusi video tersebut lagi, bekas pengacara rancangan Wanita Hari Ini itu memberitahu cahaya mata ketiganya itu akan lahir pada tahun 2026.
Jelasnya, dia dan suami tidak merancang kehamilan tersebut dan menyatakan ia ada pemberian dari tuhan dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Kalau ikut plan kami, InsyaAllah ni yang terakhir,” jelasnya.
Untuk makluman, Uyaina dan Raja Syahiran ketika ini memiliki dua orang cahaya mata iaitu Raja Urhan berusia tiga tahun dan Raja Urayyan yang kini berusia setahun. – KopiPlanet.com
The post Uyaina Arshad Sahkan Kini Sedang Hamil Anak Ketiga, Usia Kandungan Sudah Cecah Tiga Bulan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: