Ads Top

Usia Perkahwinan Hanya Bertahan 18 Tahun, Fazley Sahkan Sudah Bercerai Dengan Azrene Soraya

Usia perkahwinan antara penyanyi popular, Datuk Fazley Yaakob dan Datin Azrene Soraya Abdul Aziz hanya mampu bertahan selama 18 tahun setelah mereka sah bercerai.

Dalam satu kenyataan, Fazley memaklumkan mereka sudah bercerai beberapa bulan lalu, namun tidak mendedahkan tarikh sebenar.

“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” katanya.

Dalam kenyataan yang dibuat, cef selebriti itu juga tidak menjelaskan punca penceraian mereka, dan ceputusan tersebut dibuat atas persetujuan bersama.

Selain itu, Fazley juga menjelaskan bahawa hubungannya bersama Azrene dalam keadaan baik walaupun sudah tiada lagi ikatan suami isteri.

Ujarnya lagi, dia sendiri yang memfailkan penceraian dan tempoh idah Azrene sudah pun tamat beberapa minggu lalu dan berkenaan anak pula dia dan bekas isteri diberi hak jagaan bersama.

Untuk rekod, Fazley dan Azrene berkahwin pada 2006 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan Alayna Selma 7. – KopiPlanet.com

The post Usia Perkahwinan Hanya Bertahan 18 Tahun, Fazley Sahkan Sudah Bercerai Dengan Azrene Soraya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.