Ads Top

Syaffiq Sahli Teruja Ajai Mahu Buatkan Lagu, Terkejut Dapat Undian Tinggi ‘Gimme The Mic Global’

Pelakon dan penyanyi Syaffiq Sahli teruja apabila komposer Ajai menawarkan diri untuk menulis sebuah lagu untuk dinyanyikan olehnya.

Kata Syaffiq, 38, Ajai membuat tawaran itu sejurus selesai program Gimme The Mic Malaysia 2024 dan perkara itu baru sahaja dibincangkan pada Isnin lalu.

“Ajai ada menawarkan tawaran untuk buat lagu dengan dia dan kemungkinan akan ada satu lagi projek lain jika ada rezeki.

“Hari Isnin kami dah berbincang fasal dan saya sangat teruja dengan perkara berkenaan.

“Selepas program Gimme The Mic, Ajai terus jumpa nak berbincang untuk berkolaborasi hasilkan sebuah single untuk saya,

Sementara itu, Syaffiq memberitahu dia terkejut apabila melihat jumlah peratusan undian bagi program Gimme The Mic Global 2024 menunjukkan dia berada di tempat teratas daripada 84 peserta seluruh dunia.

“Saya terkejut, pada awalnya saya ingatkan boleh berada dalam top 10 sahaja.

“Tapi bila tengok peratusan undian semasa saya nombor satu dan sangat jauh meninggalkan undian peserta kedua,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syaffiq bercadang untuk ke Bali, Indonesia bagi memperluaskan lagi namanya untuk meraih lebih banyak undian.

Untuk rekod, Syaffiq menduduki tempat keempat dalam pertandingan Gimme The Mic Malaysia.

Justeru itu, Syaffiq berjaya melayakkan dirinya untuk ke peringkat global. – KopiPlanet.com

The post Syaffiq Sahli Teruja Ajai Mahu Buatkan Lagu, Terkejut Dapat Undian Tinggi ‘Gimme The Mic Global’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.