Ads Top

Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ Tetap Dilancarkan, Fazura Studio Tegaskan Kenyataan Pengurus Fazura Pendapat Peribadi

FAZURA Studios dan syarikat label rakaman terkemuka dari Indonesia, HITS Record akan meluncurkan secara bersama lagu baharu bertajuk “Bertahan Demi Cinta” pada hari ini, 10 Oktober 2024. 

Lagu duet tersebut dinyayikan oleh Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah. Lagu yang ditulis oleh komposer terkenal IPPO Hafiz ini telah dirakamkan di Jakarta, Indonesia dalam bulan Januari 2024 disusuli dengan pengambaran video muzik lagu tersebut yang telah dibuat di Yogyakarta, Indonesia dalam bulan Februari 2024. 

Lagu ini telah dijadikan runut bunyi kepada drama bersiri popular Hero Seorang Cinderella 2 (HSC2) yang mula ditayangkan pada 17 Mac 2024.

Tarikh peluncuran rasmi lagu ini telah diputuskan secara bersama pada beberapa bulan yang lalu oleh FAZURA Studios dan HITS Record kerana keistimewaan tarikh 10 Oktober 2024 (10-10-2024). 

Ini juga selaras dengan pendekatan bersama yang diambil oleh kedua-dua syarikat semasa peluncuran lagu berjudul “Tenang Diri” nyanyian IPPO Hafiz pada tarikh istimewa 9 September 2024 (9-9-2024) yang lalu. 

Perancangan peluncuran kedua-dua lagu ini telah dibuat pada beberapa bulan yang lepas atas keperluan kerjasama dan persediaan awal termasuk untuk peluncuran di platform digital terkemuka.

Sehubungan dengan itu, peluncuran lagu ini pada hari esok tiada sebarang kaitan dengan perkembangan terkini urusan peribadi Nur Fazura Sharifuddin dan kami tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. 

Kami juga ingin menegaskan bahawa kenyataan dikeluarkan oleh pengurus kepada Nur Fazura Sharifuddin berhubung pemilihan tarikh peluncuran lagu ini yang telah dilaporkan media tempatan pada hari ini adalah pendapat peribadi beliau semata-mata serta ianya tidak mewakili syarikat FAZURA Studios dan HITS Record. 

Kedua-dua syarikat juga berpegang kepada perancangan yang telah dibuat lebih awal sebelum ini, yang mana tiada sebarang penglibatan oleh pengurus kepada Nur Fazura Sharifuddin.

Sehubungan itu, diharapkan kenyataan ini memberikan pencerahan yang wajar kepada semua pihak.

Para peminat dan pendengar boleh mula menikmati lagu “Bertahan Demi Cinta” yang telah mendapat reaksi positif semasa tayangan HSC2 sebelum ini, di platform digital termasuk Spotify dan YouTube HITS Record bermula pada hari ini 10 Oktober 2024. – KopiPlanet.com

The post Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ Tetap Dilancarkan, Fazura Studio Tegaskan Kenyataan Pengurus Fazura Pendapat Peribadi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.