Ads Top

“Fattah Telah Berlaku Curang…” Fazura Dedahkan Punca Utama Dia Mahu Bercerai

Setelah sah bercerai talak satu, pelakon popular Fazura telah menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan dia mahu bercerai dengan Fattah Amin.

Dengan linangan air mata, Fazura mendedahkan antaranya disebabkan Fattah telah mengabaikan nafkah untuknya dan anak mereka Fatima, berlaku curang serta sudah tiada persefahaman antara mereka.

“Pertama Fattah telah abaikan nafkah untuk saya dan Fatima setelah sekian lama. Yang kedua adalah kami tidak ada persefahaman lagi, saya dah lama tak bahagia.

“Jiwa saya terganggu, mental saya tertekan, tetapi saya tetap bertahan. Yang ketiga yang saya tak boleh terima apabila Fattah telah berlaku curang,” dedahnya.

Pada pagi ini, pasangan tersebut yang sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga akhirnya telah sah bercerai talak satu.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. – KopiPlanet.com

The post “Fattah Telah Berlaku Curang…” Fazura Dedahkan Punca Utama Dia Mahu Bercerai appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.