Demi Watak ‘Zabrina’, Trisha Ooi Penuhi Tuntutan Pengarah Warnakan Rambut
Dalam usaha untuk menjayakan watak yang dilakonkan, pelakon Trisha Ooi mengakui dia pertama kali tampil dengan warna rambut coklat keperangan dalam drama.
Trisha berkata, perubahan warna rambutnya itu dibuat bagi memenuhi tuntutan pengarah, Eyra Rahman untuk wataknya sebagai Zabrina dalam drama Senyawa yang mengangkat tema tentang ibu tumpang.
“Penampilan watak saya dalam drama ini 100 peratus merupakan idea pengarah. Saya sendiri sebelum ini tidak pernah berlakon mewarnakan rambut.
“Saya hanya berlakon dengan warna rambut asli iaitu hitam. Jika sebelum ini ada yang mengetahui saya rambut panjang kerana itu adalah diri saya,” jelasnya.
Ujar Trisha, untuk mengubah daripada ‘Trisha’ ke ‘Zabrina’, dia memerlukan banyak usaha supaya ada kelainan yang akan ditonjolkan.
Menurutnya lagi, selain menentukan warna rambut, Eyra juga membantu dalam membuat pilihan pakaian yang perlu dipakainya dalam drama berkenaan.
“Memang pengarah tetapkan supaya saya mewarnakan rambut. Malah, bukan saja rambut, tetapi pakaian juga ditentukan olehnya. Eyra akan menentukan gaya dan pakaian yang saya perlu sepanjang penggambaran demi watak.
“Saya percaya dengan penampilan ini dapat menghidupkan karakter. Sebelum pelakon itu berasa yakin dengan watak, pengarah terlenih dahulu melihat (menggambarkan) bagaimana perwatakan watak,” katanya.
Trisha turut menyifatkan perubahan warna rambut dapat membantu untuk mengingatkan dirinya terhadap karakter watak dalam drama itu.
“Pada saya perubahan penampilan perlu sekiranya dapat menghidupkan watak. Seperti saya, setiap kali melihat cermin dengan rambut perang, saya sedar ini bukan Trisha, ini Sharifah Zabina,” ujarnya.
Selain Trisha drama Senyawa yang ditayangkan di aplikasi penstriman iQiYi bermula 25 Oktober ini turut dibintangi oleh Shahz Jaszle, Siti Hariesa, Datin Nina Juren, Liang Chia, Aleza Shadan dan Heryanto Hassan.
Drama tersebut menceritakan tentang pengorbanan seorang wanita yang menjadi ibu tumpang bagi pasangan suami isteri iaitu Zabina dan Iskandar (Shahz Jaszle). – KopiPlanet.com
The post Demi Watak ‘Zabrina’, Trisha Ooi Penuhi Tuntutan Pengarah Warnakan Rambut appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: