Ads Top

Isu Sindir PMX… Johan Enggan Ulas Lanjut, Serah Pada Pengurusan Radio Hot FM Untuk Beri Kenyataan

Penyampai radio Hot FM, Johan mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut selepas teruk dikecam susulan video viral yang didakwa mempersendakan Perdana Menteri Malaysia ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Johan atau pemilik nama sebenar Mohammad Yazid Lim Mohd Aziz, berkata, dia menyerahkan kepada pihak pengurusan stesen radio berkenaan untuk membuat kenyataan.

“Saya hanya bekerja. Seharusnya isu itu pihak pengurusan yang jawab.

“Saya cuma menjalankan tugas sebagai penyampai untuk hiburkan pendengar,” katanya.

Johan berkata demikian ketika ditemui semasa majlis tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Baik Punya Ah-Long yang berlangsung di GSC Mid Valley semalam.

Baru-baru ini viral sebuah video menyaksikan rakan penyampai iaitu KJ mahu didakwa sengaja mempersendakan manifesto PMx

Guruan spontan itu disambut dengan gelak tawa Johan serta seorang lagi rakan penyampai iaitu Fara Fauzana, namun ramai yang kurang senang dengan perbualan mereka ketika itu yang mengendalikan segmen Bekpes Hot.

Menerima banyak kecaman netizen, Johan juga menganggap ia sebagai satu peringatan agar tidak terlalu selesa dalam menjalankan tugas.

“Saya dah lama dalam industri. Sudah pelbagai yang saya tempuhi. Perkara begini saya anggap Allah jentik supaya beringat. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita lakukan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Isu Sindir PMX… Johan Enggan Ulas Lanjut, Serah Pada Pengurusan Radio Hot FM Untuk Beri Kenyataan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.