Ads Top

EB Kranch Kukuhkan Kedudukan Jenama Kumpulan EB Jadi Pengeluar Produk Sejuk Beku Air-Fry

Menjadi antara jenama yang mendominasi pasaran produk sejuk beku air-fry, Kumpulan EB terus mengorak langkah dalam mempelbagaikan pilihan produk mereka melalui perlancaran EB Kranch.

Menawarkan 11 produk sejuk beku, sembilan daripada produki ini sudah berada dalam pasaran negara manakala enam daripada produk ini juga turut dijual di Singapura.

Mempromosikan kaedah memasak tanpa minyak, antara kelebihan rangkaian produk EB Kranch juga melalui cara penyediaan ringkas yang hanya mengambil masa 10 minit, sekaligus  mencapai matlamat ESG dengan menggalakkan kecekapan tenaga dan mengurangkan kesan pada alam sekitar.

Pengerusi Kumpulan Syarikat EB, Ang Chin Hooi yakin melalui strategi pemasaran yang diguna pakai mereka mampu mencapai matlamat sebagai jenama Nombor 1 produk sejuk beku penggoreng udara di negara ini dan global.

“Kami mahu membina nama ini menjadi jenama terdepan di peringkat global, supaya apabila seseorang memikirkan mengenai penggoreng udara, mereka akan secara automatic memikirkan EB Kranch. 

“Langkah pertama kami adalah mewujudkan model perniagaan yang berkesan di Malaysia yang kemudiannya akan direplikasi di Singapura, Hong Kong, China, Indonesia, Vietnam dan negara lain.

“Seterusnya, kami berharap untuk melancarkan lebih banyak produk baharu untuk memenuhi keperluan gaya hidup sibuk pengguna moden. Menjadi Impian pihak EB Group juga untuk menjadi perintis industri makanan dengan rangkaian produk sejuk beku baharu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat EB Chris Ooi berkata, pengenalan produk baharu ini juga mempelbagaikan pilihan pengguna melalui penawaran makanan yang mudah dimasak tanpa mengorbankan kualiti, rasa atau tekstur.

“Ini menandakan satu peristiwa penting bagi kumpulan kami. Saya menjangkakan bahawa apabila pengguna mencari makanan bergoreng, mereka akan memikirkan EB Kranch.

“Dalam memastikan rangkaian  ini menghasilkan produk yang menepati cita rasa pengguna, proses penghasilkannya  juga di buat melalui pemilihan bahan-bahan yang  teliti dalammemastikan kualiti produk ini kekal terjaga,” katanya.

Antara produk yang akan berada di pasaran negara ini adalah Chicken Kaarage, Cheezy Chicken Meatball, Mini Cheese Sticks, Tempura Chicken Nugget, Cheezy Chicken Nugget, Original Popcorn Chicken, Alaska Pollock Finger, Alaska Pollock Patty dan Flower Cheese Tofu. 

Kesemua produk ini juga boleh didapati di Aeon Big, Aeon Max Value, Aeon, Mydin, TF Value-Mart, NSK Grocer, Billion dan banyak lagi. 

Di Singapura pengguna pula boleh mendapatkan Alaska Pollock Finger, Mini Cheese Sticks, Crispy Shrimp Ball, Alaska Pollock Patty, Flower Cheese Tofu dan Handmade Fried Fish Bean Curd. Semua produk ini akan dipaparkan di pasar raya Fairprice dan Sheng Shiong.

Sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran komprehensif Kumpulan EB juga turut memperuntukkan RM20 juta untuk tujuan promosi dalam memastikan jenama EB Kranch menjadi pilihan ramai.  

Selain itu, pasukan EB juga akan turun padang dengan beberapa siri jelajah dan aktiviti dinamik dalam beberapa minggu akan datang, sekali gus menawarkan sokongan komunikasi pemasaran dan promosi di dalam kedai di saluran peruncitan bersama rakan kongsi di seluruh Malaysia dan Singapura. 

Sementara itu pengguna juga berpeluang memenangi 3,000 unit Russell Taylors 3D Visible Window Air Fryer secara percuma melalui pembelian produk EB Kranch. 

Jadi jangan lepaskan peluang menyertai program penebusan hadiah ini juga yang akan diadakan tidak lama lagi. – KopiPlanet.com

The post EB Kranch Kukuhkan Kedudukan Jenama Kumpulan EB Jadi Pengeluar Produk Sejuk Beku Air-Fry appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.