Ads Top

Nora Ariffin Diceraikan Suami Dengan Talak Satu Menerusi Rakaman Video

Penyanyi popular Datuk Nora Ariffin telah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Lafaz cerai itu dibuat Rushdi menerusi satu video yang telah dimuat naik di akaun Instagram  milik penyanyi itu.

“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya.

Sebelum ini, sudah timbul khabar angin yang mengatakan rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu berantakan, namun ia dinafikan Nora.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Di Persimpangan Dilema itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021. 

Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi. – KopiPlanet.com

The post Nora Ariffin Diceraikan Suami Dengan Talak Satu Menerusi Rakaman Video appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.