Ads Top

Jayakan Siri Jelajah ‘Perjalanan Menawar Racun’, Kunto Aji Umum Konsert Di Kuala Lumpur

Penyanyi dan penulis lagu terkenal Indonesia, Kunto Aji, akan membawa jelajah yang dinanti-nantikan, ‘Perjalanan Menawar Racun’ ke Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2024 di Zepp Kuala Lumpur pukul 8.00 malam.

Konsert ini merupakan perhentian penting dalam jelajahnya yang telah memukau penonton di seluruh Indonesia dan Malaysia dengan perjalanan muzik yang penuh emosi dan mendalam.

“Saya amat teruja untuk membawa jelajah ‘Perjalanan Menawar Racun’ ke Kuala Lumpur. Setiap persembahan adalah perjalanan peribadi, dan saya tidak sabar untuk berkongsi pengalaman ini dengan peminat saya di Malaysia,” kata Kunto Aji.

“Saya juga tidak sabar mahu berjalan keliling kota dan berjumpa dengan orang Malaysia untuk berkongsi cerita dalam Kelas Urup & Update Kehidupan yang akan dilangsungkan sebelum konsert bermula,” ujarnya.

Jelajah Perjalanan Menawar Racun Kunto menyelami tema penyembuhan, penemuan diri, dan ketahanan. Jelajah ini menampilkan lagu-lagu dari album yang mendapat banyak pujian, yang dikenali dengan lirik yang menyentuh hati dan landskap bunyi yang inovatif.

Penonton boleh menjangkakan pengalaman yang mendalam penuh dengan kedalaman emosi dan muzik.Konsert Kunto Aji ini akan berlangsung selama dua jam, memberikan peluang kepada peminat untuk menikmati setiap detik persembahan Kunto Aji dengan penuh kepuasan.

Tambahan pula, Kunto Aji akan membawakan sebanyak 20 buah lagu yang merangkumi bukan saja daripada album terbarunya, malah lagu-lagu daripada album lamanya seperti Terlalu Lama Sendiri, Rehat dan Saudade yang menjadikan Kunto Aji terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tiket dijual dengan harga bermula dari RM108 hingga RM1,988. Tiket konsert ini boleh dibeli sekarang secara dalam talian di laman web www.malamgalau.com.

Tempahan awal adalah disyorkan untuk mendapatkan tempat duduk untuk malam yang tidak dapat dilupakan ini. – KopiPlanet.com

The post Jayakan Siri Jelajah ‘Perjalanan Menawar Racun’, Kunto Aji Umum Konsert Di Kuala Lumpur appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.