Ads Top

Lucinta Luna Sertai Acara Miss Universe Indonesia 2024, Daftar Guna Nama ‘Ayluna Putri’

Selebriti transgender popular Indonesia, Lucinta Luna mengejutkan ramai apabila mendaftarkan dirinya untuk bertanding dalam acara Miss Universe Indonesia 2024.

Perkara berkenaan telah dikongsikan oleh Lucinta menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya dan menggunakan nama Ayluna Putri untuk pendaftaran.

Malah, selebriti itu juga turut menghantar pesanan kepada Teuku Zacky yang merupakan pengarah Miss Universe Indonesia sama ada dia boleh menyertai pertandingan berkenaan.

“Selamat siang Kak Jordan. Saya Ayluna Putri alias Lucinta Luna. Kaka apakah saya masih bisa atau boleh ikut di ajang Miss Universe Indonesia 2024 di usiaku yang ke-33 tahun ini kak?

“Saya sangat berharap sekali kakak bisa balas chat dari saya. Terima kasih ka Jordan. Salam succes dan sehat selalu,” tulisnya.

Menerusi posting berkenaan juga, Lucinta Luna turut menunjukkan bukti berkenaan pendaftaran yang telah berjaya dilakukannya. – KopiPlanet.com

The post Lucinta Luna Sertai Acara Miss Universe Indonesia 2024, Daftar Guna Nama ‘Ayluna Putri’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.