Ads Top

Ezlynn Dedah Suaminya Luah Hasrat Ingin Kahwin Lagi, Mahu Pilih Wanita Indonesia Jadi Isteri Ketiga

Penyanyi popular, Ezlynn yang kini hidup bermadu sebagai isteri pertama mendedahkan suaminya, Wan Mohd Hafizam mahu menambah seorang lagi isteri.

Ezlynn berkata, hasrat berkenaan diluahkan sendiri oleh suaminya sambil memberitahu ingin mencari wanita Indonesia untuk dijadikan isteri ketiga.

“Dia (suami) kata nak cari yang Indonesian pula. Konon macam nak besarkan region… Saya percaya suami saya, kalau dia cakap tu memang betul.

“Cuma Allah izinkan atau tidak itu terpulang, kita hanya merancang. Saya memang izinkan,” ujarnya.

Penyanyi itu berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Hi Tea bersama penerbit dan barisan pelakon filem Dua Surga Dalam Cintaku yang berlangsung petang semalam.

Pada Mac lalu, penyanyi yang popular menerusi lagu Hi Hi Bye Bye itu mengakui suaminya sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor berusia 26 tahun di Perlis.

Malah, Ezlynn juga memberitahu mengenai status dirinya sebagai isteri pertama apabila suaminya itu sudah menceraikan dua isterinya sebelum ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan isteri kedua suaminya itu setelah beberapa bulan hidup bermadu, penyanyi berkenaan memberitahu hubungan mereka baik-baik sahaja.

Malah, dia juga pernah berbincang suami apabila berkahwin lain, dia tidak mahu ada sebarang campur tangan dalam kehidupan suami dengan isteri masing-masing.

“Kita ada bagi guidline kepada suami, misalnya kalau dia ada masalah dengan isteri kedua, saya tidak mahu masuk campur dan begitu juga isteri kedua tidak akan masuk campur sebarang hal dalam rumah tangga saya dan suami.

“Ini adalah untuk menjaga aib masing-masing. Kalau dia (madu) boleh terima diri saya seorang selebriti sebab saya akan selalu post pasal saya dan suami di media sosial, saya tak nak dia terasa hati. Namun, suami yakinkan madu saya itu boleh menerima perkara berkenaan,” ujarnya.

Untuk makluman, penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan Wan Mohd Hafizam yang juga penderma hati pertama negara pada 11 September 2021. – KopiPlanet.com

The post Ezlynn Dedah Suaminya Luah Hasrat Ingin Kahwin Lagi, Mahu Pilih Wanita Indonesia Jadi Isteri Ketiga appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.