Ads Top

Pergi Hospital Setelah Badan Terlalu Lemah & Lima Hari Demam, Puteri Sarah Terpaksa Dirawat Di Wad Kecemasan

Pelakon popular, Puteri Sarah terpaksa mendapatkan rawatan di wad kecemasan sebuah hospital setelah keadaan badannya yang terlalu lemah apabila demam selama lima hari.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi Insta Story dengan memuat naik gambarnya di atas katil hospital.

“Lima hari demam, badan rasa panas/sejuk sangat tapi tak rasa. Cuma rasa penat sangat. Badan lemau tapi sebab semangat kerja kuat, tak rasa langsung sebenarnya sakit. 

“Jadi malam tadi pada jam 11 malam, saya mengambil keputusan untuk ke hospital dan beritahu doktor rasa nak demam,” ujarnya.

Ketika mendapatkan rawatan di hospital, Puteri Sarah dimaklumkan shut badannya sudah mencecah 40 celcius dan dia segera dirawat di wad kecemasan.

“Kemudian doktor buat pemeriksaan dia kata, Sarah bukan rasa nak demam dah demam pun. Suhu badan mencecah 40. 

“Astaga. Masuk kecemasan, cepat-cepat drip dengan paracetamol dan vitC. Badan terlalu lemah tak boleh nak berdiri dah. Rasa nak pengsan. Tanpa sedar terus tertidur,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Pergi Hospital Setelah Badan Terlalu Lemah & Lima Hari Demam, Puteri Sarah Terpaksa Dirawat Di Wad Kecemasan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.