Ads Top

Nama Dipetik Netizen… Sophia Albarakbah Enggan Komen Berkenaan Mimpi Shila Amzah Suaminya Diganggu Seorang Pelakon Wanita

Pelakon popular, Sophia Albarakbah enggan memberikan sebarang komen berkenaan namanya yang dipetik oleh segelintir netizen berkenaan mimpi Shila Amzah.

Menerusi laporan portal mStar, Sophie menjelaskan tiada keperluan buat dirinya memberi komen kerana merasakan dia bukanlah individu yang dikaitkan dengan mimpi berkenaan.

“Netizen tahu ya dia (Shila) mimpi siapa. Hebat netizen kita!

“Saya rasa, tidak perlu saya komen tentang isu ini kerana ia tiada kena mengena dengan saya,” katanya.

Sebelum ini, Shila menerusi aplikasi X meluahkan tentang mimpinya apabila ada seorang pelakon wanita menganggu suaminya iaitu personaliti media sosial, Ubai.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, tetapi terdapat segelintir netizen yang memetik nama Sophia susulan gambaran Shila pelakon wanita yang mengganggu Ubai mempunyai banyak isu sebelum ini. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Portal mStar

The post Nama Dipetik Netizen… Sophia Albarakbah Enggan Komen Berkenaan Mimpi Shila Amzah Suaminya Diganggu Seorang Pelakon Wanita appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.