Presiden FDAM, Mat London Meninggal Dunia Di HKL
Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi tadi.
Dalam satu posting anak arwah iaitu Salmany Akir Ahmad pelakon dan pengarah berusia 74 tahun itu dimaklumkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.57 pagi.
“Sesudah laungan azan subuh… papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi, pagi Jumaat,” tulisnya
Sebelum ini, bekas suami kepada dramatis Datin Fadilah Mansor itu dimasukkan ke ICU HKL akibat jangkitan kuman di paru-paru sejak 16 Jun lalu.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah memaklumkan arwah akan dikebumikan selepas selesai solat Jumaat.
“Dukacita dimaklumkan bahawa Presiden FDAM Dr Ahmad Ibrahim @ Mat London telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 5.57 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur pada usia 74 tahun.
“Jenazah akan dibawa ke Masjid Taman Melawati pagi ini dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Presiden FDAM, Mat London Meninggal Dunia Di HKL appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: