Ads Top

Baby Shima Ambil Tindakan Saman Terhadap PU Syed

Penyanyi popular Baby Shima telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan saman terhadap PU Syed serta seorang lagi individu yang dikenali sebagai Abd Rahman Mat Noor.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhammad Noor Azfar bin Noor Azmi dari Shaharudinali Azfarazmi & Co., pihaknya dilantik selaku peguamcara kepada penyanyi berkenaan.

“Kami mengesahkan bahawa firma guaman kami telah memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap dua individu iaitu Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak atau lebih dikenali umum sebagai PU SYED dan Abd Rahman Bin Mat Noor.

“Kedua-dua tindakan terhadap individu-individu yang dinamakan di atas telah difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh serta Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu di atas kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan malicous falsehood di bawah undang-undang tort,” jelasnya.

Dalam kenyataan tersebut, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang.

Jelasnya, bagi maksud menghormati proses Mahkamah dan mengambil kira bahawa individu-individu yang dinamakan di atas masih belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.

“Anakguam kami tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut berkenaan dengan merit tindakan-tindakan ini.

“Kami juga telah menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang telah terlibat dalam menyalahgunakan nama anakguam kami bagi tujuan komersil,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Baby Shima Ambil Tindakan Saman Terhadap PU Syed appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.