Ads Top

Janna Nick Sudah Minta Maaf Dengan Ustaz Wadi Annuar Harap Isu Tidak Lagi Diperbesarkan

Pelakon popular, Janna Nick berharap isu mengenai kehadiran Ustaz Wadi Annuar dan membaca doa di majlis perkahwinan tidak lagi diperbesarkan. 

Janna berkata, dia mengakui kesilapan yang telah terjadi, malah sudah menyatakan sudah meminta maaf kepada ustaz berkenaan tentang apa yang telah berlaku.

“Saya mohon supaya tiada lagi mana-mana pihak kaitkan nama Ustaz Wadi dengan saya. Lagipun saya telah membuat permohonan maaf secara peribadi dengan dia. 

“Semoga semua orang boleh hentikan isu ini dan tidak berlaku perbalahan. Niat saya hanya mahu mohon keberkatan daripada orang yang ilmunya tinggi untuk mendoakan perkahwinan saya,” ujarnya.

Janna berkata demikian ketika ditemui semasa majlis tayangan filem Jemputan Ke Neraka yang berlansung petang ini.

Sebelum ini, majlis resepsi Janna dan Dini Schatzmann mendapat kritikan netizen apabila Ustaz Wadi hadir serta membaca doa pada majlis berkenaan.

Kritikan tersebut berlaku apabila ramai yang menyifatkan kehadiran ustaz tersebut tidak sesuai dalam majlis yang dilihat ala barat.

Dalam pada itu, Janna berkata tujuan dia menjemput Ustaz Wadi ke majlis resepsinya memandangkan beliau sebelum itu mengetuai majlis doa selamat dan menyampaikan ceramah pada malam perkahwinannya.

“Saya menjemput Ustaz Wadi kerana malam sebelum hari pernikahan minta dia untuk ketuai majlis doa selamat dan bacaan Yassin. Malam itu, beliau ada menyampaikan ceramah bertajuk Memimpin Isi Rumah Ke Syurga.

“Kerana itu Ustaz Wadi tahu ada undangan perkahwinan dan saya tidak tahu hukum dalam Islam kalau dah jemput orang itu, wajib kena datang.

“Saya sangat menghormati Ustaz Wadi dan juga para ulama yang ada di Malaysia, sebab mereka adalah para ilmuan yang banyak sampaikan ilmu kepada kita semua rakyat Malaysia. 

“Saya sebagai orang yang cetek ilmu sangat menghormati mereka semua. Kalau mahu bandingkan nama saya denga dia sangat jauh beza. Saya rasa hina sangat kalau mahu panjangkan kontroversi ini,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Janna Nick Sudah Minta Maaf Dengan Ustaz Wadi Annuar, Harap Isu Tidak Lagi Diperbesarkan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.