Tampil Bersama Amelia Christie Sambil Peluk Tangan, Sharnaaz Ahmad Akui Mereka Masih Fasa Berkawan
Tampil berdua sambil tangan dipeluk ketika hadir ke acara Tayangan Perdana filem Polis Evo 3, ternyata Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie menjadi tumpuan ramai.
Sharnaaz yang ditemui berkata, dia tidak menafikan bahawa dirinya bersama pelakon baharu yang semakin meningkat naik itu masih dalam fasa berkawan.
“Apa yang dilihat itu bukan berpegangan tangan, tetapi peluk tangan. Buat masa ini apa yang saya boleh katakan kami masih lagi fasa berkawan.
“Lagipun kami dalam pengurusan yang sama dan sebab itu saya terbuka untuk membawa dia datang malam ini (semalam),” jelasnya.
Sebelum ini, terdapat gosip yang mengatakan bahawa bapa kepada Jebat Jayden itu kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang pelakon.
Namun begitu, Sharnaaz tidak mendedahkan dengan lebih mendalam tentang wanita tersebut, tetapi ramai yang sudah dapat meneka identiti pelakon berkenaan.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai penerimaan Jebat terhadap Amelia, Sharnaaz menyatakan perkara itu lebih baik ditanya terus kepada anaknya itu.
“Kalau nak tanya mengenai perkara itu, lebih baik tanya terus kepada Jebat dan saya sendiri tak berani nak menjawab bagi pihak dia.
“Apapun saya melihat hubungan yang terjalin ini boleh lagi diteruskan, kita tengoklah sejauh mana boleh pergi,” ujarnya.
Mengenai pembabitannya dalam filem Polis Evo 3 yang akan ditayangkan di pawagam mulai 25 Mei ini, Sharnaaz berkata dia membawakan watak antagonis bernama Reza Rashid.
“Bagi menjayakan watak dalam filem ini, saya memang lakukan banyak latihan kerana mahu buat yang terbaik. Itu yang adakalanya sampai wujud perasaan emosi.
“Malah, untuk menerima tawaran berlakon Polis Evo 3 juga saya tak kisah pasal bayaran. Saya terima berapa sahaja bayaran yang diberikan,” jelasnya.
Polis Evo 3 masih mengekalkan Zizan Razak dan Shaheizy Sam selaku teraju utama, selain turut dibintangi Syafiq Kyle, Farali Khan dan Douglas Lim. – KopiPlanet.com
The post Tampil Bersama Amelia Christie Sambil Peluk Tangan, Sharnaaz Ahmad Akui Mereka Masih Fasa Berkawan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: