Ads Top

Vokalis Kumpulan XPDC, Mael Disahkan Meninggal Dunia

Industri nyanyian tanah air kehilangan seorang insan seni apabila vokalis kumpulan XPDC, Mael disahkan meninggal dunia sebenar tadi.

Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh pengurus kumpulan berkenaan, Bro Yazid di akaun media sosial miliknya.

“INNALILAHIWAINNAHIROJIUN..ALFATIHAH..

“PENYANYI XPDC SYED ISMAIL BIN SYED IBRAHIM ( MAEL) TELAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR DI HOSPITAL MUAR PUKUL 9 MALAM TADI..,” kongsinya.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada lagi perkembangan lanjut mengenai punca kematian legenda heavy metal tanah air itu.

Sebelum ini, Allahyarham cukup popular bersama kumpulan XPDC sekitar era 90-an menerusi lagu-lagu seperti C.I.N.T.A, Semangat Yang Hilang dan banyak lagi. – KopiPlanet.com

The post Vokalis Kumpulan XPDC, Mael Disahkan Meninggal Dunia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.