Ads Top

“Hari Ini Saya Rasa Sangat Happy…” – Amelia Henderson Akan Buat Rayuan Setelah Diarah Bayar Lebih RM200,000 Kepada A. Aida

Pelakon popular, Amelia Henderson menyatakan dia telah membuat tindakan yang betul apabila bertindak untuk melawan penerbit, Datuk A. Aida berhubung isu pelanggaran kontrak.

Amelia berkata, dia tidak menjangkakan sebarang keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah dan akan membuat rayuan tentang keputusan yang ditetapkan oleh mahkamah.

“Saya datang ke mahkamah tanpa sebarang jangkaan, saya rasa bangga dengan diri saya sebab saya rasa telah membuat tindakan yang betul.

“Pada masa yang sama, perasaan itu juga yang memberikan saya kekuatan untuk membuat rayuan. Hari ini saya rasa sangat happy sebab semua yang saya sayang hadir,” ujarnya dalam nada sebak.

Hari ini, Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur telah memerintahkan pelakon Amelia Henderson perlu membayar ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.

Hakim Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan saman yang dikemukakan syarikat produksi itu selaku plaintif terhadap saman yang dikemukakan kepada Amelia selaku defendan.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata, mahkamah mendapati Amelia telah diikat dengan kontrak yang ditandatangani dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Sementara itu. A. Aida pula menyatakan dia telah memberi pilihan kepada Amelia untuk menyelesaikan di luar mahkamah, namun pelakon itu bertindak mahu melawannya.

“Dulu hakim pernah panggil kita untuk berdamai, dengan Idris Khan saya berdamai. Tapi dia nak lawan juga dan saya yakin di pihak yang benar.

“Alhamdulillah, di bulan Ramadan yang mulia ini kemenangan berpihak kepada saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Hari Ini Saya Rasa Sangat Happy…” – Amelia Henderson Akan Buat Rayuan Setelah Diarah Bayar Lebih RM200,000 Kepada A. Aida appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.