Ditawar Bayaran Rendah, Faizal Hussein Sanggup Tolak Tawaran Berlakon Iklan Produk Jenama Antarabangsa
Pelakon popular, Faizal Hussein menyatakan dia telah menolak satu tawaran untuk berlakon dalam sebuah iklan produk jenama antarabangsa.
Faizal berkata, tawaran berkenaan terpaksa ditolak olehnya memandangkan tawaran yang tidak setimpal dengan branding jenama tersebut yang terkenal di seluruh dunia.
“Saya ada terima dua tawaran berlakon iklan, satu daripada jenama produk tempatan dan satu lagi produk antarabangsa. Saya terima tawaran iklan produk tempatan dan tolak yang satu lagi.
“Ia disebabkan bayaran iklan untuk produk antaranbangsa tu lebih rendah berbanding jenama tempatan tersebut. Jadi, kita kenalah ajar macam tu kan,” ujarnya.
Faizal berkata demikian ketika ditemui semasa sesi bersama media dan pelakon anjuran Viu yang berlangsung semalam.
Pelakon itu berkata, dia bukanlah terlalu memilih tentang tawaran yang diterima, namun ia perlukan mengikut standard sesebuah jenama itu.
“Contohnya, kalau produk jenama tempatan tersebut boleh offer saya RM10,000, produk jenama antarabangsa tu tak patutlah offer harga yang lebih rendah.
“Patutnya mereka perlu bayar lebih tinggi sebab jenama antarabangsa. Jadi, kalau mereka tak dapat bayar harga lebih tinggi, saya pun tak nak buat,” ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai video iklan raya Jakel bersama isteri, Suhaila Sulaiman yang viral baru-baru ini, Faizal mendedahkan bahawa iklan tersebut sebenarnya sudah disiarkan sejak dua tahun lepas.
“Mungkin ketika itu terlalu banyak iklan-iklan raya yang menarik, jadi tidak mustahil ramai yang tidak perasan dengan iklan tersebut.
“Cuma sekarang ini bila ramai yang dah tengok, baru mereka rasa iklan tersebut sangat happening dan fun. Apapun saya dan isteri tak terkejut sangat bila dah viral,” jelasnya. – KopiPlanet.com
The post Ditawar Bayaran Rendah, Faizal Hussein Sanggup Tolak Tawaran Berlakon Iklan Produk Jenama Antarabangsa appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: