XES Shoes Tawar Belian Satu Kasut Percuma Sepasang Lagi
Menyemarakkan sambutan Syawal tak lama lagi, jenama kasut tempatan, XES Shoes juga tidak ketinggalan menawarkan pakej istimewa tahun ini.
Untuk memastikan raya kali ini lebih bermakna, jenama yang sudah 21 tahun di pasaran itu teruja menawarkan keriangan berganda kepada seluruh rakyat Malaysia.
Ia dilihat menerusi promosi terhebaf, Raya Double Special ‘Buy 1 Free 1’ di cawangan terpilih jenama kasut itu sejak 20 Mac lalu hingga 7 Mei depan.
Malah menurut pengasas dan pengarah urusan jenama itu, Simpson Wong Kean Hin, bagi menambah keriangan beli belah itu turut ditawarkan hadiah istimewa menerusi pembelian mininum.
“Jadi selain berjimat dengan beli satu kasut percuma lagi sepasang, pelanggan juga akan mendapat sampul raya istimewa serta beg beli-belah eksklusif masing-masing untuk pembelian minumum sebanyak RM120 dan RM150.
“Namun hadiah percuma itu tertakluk kepada sementara stok masih ada sepanjang promosi berlangsung. Untuk promosi itu, pembayaran dibuat untuk harga kasut yang tinggi dan sepasang lagi percuma. Jadi kena cepat-cepat serbu kedai kami.
“Tunggu apa lagi, dapatkan kasut raya pilihan anda dan keluarga tersayang dengan promosi dianjurkan. Moga Syawal yang akan tiba kelak dapat dinikmati dengan bahagia. Ingat, satu kasut untuk diri sendiri dan sepasang lagi untuk tersayang. Nak beli untuk ibu, ayah, isteri, suami, anak dan seisi keluarga pun boleh,” katanya.
Saban tahun, jenama ini terus mecipta keyakinan sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia termasuklah diiktiraf sebagai Most ‘Malaysian Brand’ Shoe Outlet Chain Store dan Superbrands Malaysia Award diterima baru-baru ini.
“Apa yang menjadikan jenama ‘lokal’ ini sangat dipercayai adalah mengutamakan setiap perincian rekaan kasut sesuai dengan kaki rakyat Malaysia.
“Tentunya ia menjadi keselesaan abadi dan semestinya mesra poket, yakni lebih jimat serta trendy. Sebagaimana promosi beli satu percuma satu ini.
“Variasi kasut dijual juga untuk semua lingkungan umur dari golongan wanita, lelaki dan kanak-kanak dengan harga tidak melebihi RM250. Ia bagai sebuah pusat sehenti yang memudahkan seisi keluarga membeli kasut.
“Paling utama, jenama kami bukan hanya cantik dipakai dan dipandang. Tapi menitikberatkan aspek keselesaan, kepuasan, harga berpatutan dan trendy untuk dijadikan jenama kasut pilihan raya tahun ini,” katanya.
Simpson Wong menambah, saban tahun sudah menjadi tradisi sambutan raya, semestinya rakyat Malaysia teruja membuat persiapan.
“Ada yang ada rezeki lebih, semuanya nak berganti baru. Ada yang sibuk beli dan tempah baju baharu warna sedondon dengan padanan kasut ‘trendy’.
“Ada yang teruja nak tukar perabot rumah. Ada berkira-kira nak beli kereta baharu bagi keselesaan balik kampung. Pendek kata, semua nak serba baru demi menyuntik semangat beraya.
“Kasut pun tentu nak baharu. Jadi pilihan tentunya dengan jenama XES Shoes yang menjadi pilihan bijak dan menjimatkan. Confirm tak cari lain. Untuk lebih lanjut layari https://ift.tt/HZqYhrF, katanya.
Jenama ini asalnya bermula dari tahun 2002 di kedai pertamanya terletak di
Carrefour Wangsa Maju (currently known as Aeon Big).
Kini, jenama itu berkembang dengan lebih 120 cawangan di seluruh Malaysia. Ia termasuklah ditempatkan di pasaraya Lotus, Giant, NSK, Mydin dan Aeon Big.
Tak ketinggalan di pusat beli belah Paradigm Mall, Sunway Putra Mall, Melawati Mall, Batu Pahat Mall, KB Mall, Mahkota Parade Mall dan banyak lagi. – KopiPlanet.com
The post XES Shoes Tawar Belian Satu Kasut Percuma Sepasang Lagi appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: