Ads Top

Tiada Lagi Persefahaman, Diana Danielle Failkan Penceraian Terhadap Farid Kamil

Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Menerusi laporan Utusan Online, permohonan cerai berkenaan telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pagi ini. 

Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut. Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Oleh yang demikian, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Utusan Online 

The post Tiada Lagi Persefahaman, Diana Danielle Failkan Penceraian Terhadap Farid Kamil appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.