Meet & Dine Sajikan Variasi 280 Jenis Juadah Untuk Berbuka Puasa, Tawar Harga Berbaloi Bertemakan East Meet West Seribu Rasa Ramadhan
Anda mahu mencari kelainan untuk berbuka puasa bersama insan tersayang pada sepanjang menjalani bulan Ramadan yang mulia ini?
Meet & Dine yang menjadi lokasi pilihan mereka yang mengutamakan keenakan serta hidangan terbaik dan beroperasi sejak lima tahun lalu adalah tempatnya.
Menawarkan variasi hidangan premium untuk berbuka puasa dengan 280 jenis juadah pada harga berbaloi, sajian bufet bertemakan East Meet West – Seribu Rasa Ramadhan, pastinya menepati selera.
Sama ada mahu menikmati juadah berdua atau bersama seisi keluarga mahu pun secara berkumpulan, restoran serba ‘cosy’ ini menjanjikan pengalaman istimewa buat pelanggan.
Malah andai aras atas khas buat penggemar bufet, pelanggan yang ingin menikmati hidangan untuk iftar secara ala carte juga dialu-alukan ke restoran berkonsepkan dekorasi semi fine dining ini.
Mengambil lokasi di Budiman Business Park Sungai Long, bagi bufet jenis kepelbagaian juadah dapat dilihat di segenap ruang – dari hasil laut segar yang dinamakan Seafood On Ice hingga kambing panggang diacu bersama nasi Bukhara.
Penggemar oyster dan lobster juga dapat menikmati hasil segar ini sepuas hati hanya pada harga RM138 untuk dewasa dan RM60 bagi kanak-kanak serta warga emas.
Selain nasi Bukhara, restoran yang menyediakan ruang makan luas di tingkat atas yang boleh memuatkan 200 pengunjung pada satu masa itu turut menyajikan nasi ayam dan nasi itik claypot.
Malah pilihan untuk lauk pauk kampung juga membangkitkan selera dengan aneka juadah termasuk masak lemak daging salai, sambal jawa, gulai kawah, udang mentega dan banyak lagi.
Disudut lain pula terhidang ketupat, lemang, rendang, sambal kacang dan kuah lodeh yang menggamit perasaan menunggu kehadiran Syawal.
Sememangnya East Meet West – Seribu Rasa Ramadhan di Meet & Dine menjanjikan kepuasan maksima ditambah dekorasi istimewa yang membangkitkan lagi selera.
Keselesaan ramai juga menjadi keutamaan apabila di aras bawah restoran tersedia surau yang luas serta kemudahan tandas untuk lelaki dan wanita.
Andai inginkan suasana privasi, Meet & Dine mempunyai ruang bertutup yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 20 orang mengikut permintaan dan tempahan awal.
Mereka yang kaki selfie dan gemar berkongsi gambar di laman maya juga menjadi keutamaan apabila setiap inci ruang restoran itu ‘instagramable’.
Enggan berkompromi dalam soal keselesaan pelanggan, pemilik Meet & Dine, Jozree Hamzah serta rakan kongsi merangkap Cef Eksekutif, Bo Ibrahim memastikan pelanggan pulang bersama kenangan indah.
Hanya 10 minit daripada exit Lebuhraya Cheras-Kajang, restoran yang beroperasi sejak 2018 itu turut menyediakan kemudahan pakir secara percuma sekaligus memudahkan pengunjung.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan harga ‘early bird’ iaitu RM99, anda boleh hubungi atau buat tempahan di 03-87339929 atau 017-3559422 sebelum 26 Mac ini.
Berbeza dengan tawaran pihak lain, di Meet & Dine pelanggan boleh memilih mana-mana tarikh disukai bagi pembelian terawal itu, malah untuk tempahan sembilan orang, percuma satu lagi pakej bufet. – KopiPlanet.com
The post Meet & Dine Sajikan Variasi 280 Jenis Juadah Untuk Berbuka Puasa, Tawar Harga Berbaloi Bertemakan East Meet West Seribu Rasa Ramadhan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: