Ads Top

Harris Annuar Dikurniakan Cahaya Mata Perempuan, Gelar Anaknya Baby Lato Lato

Pelakon popular Harris Annuar kini bergelar seorang bapa apabila isterinya, Asha Merican telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan semalam.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya.

“11.51PM 26/3/23 5 Ramadan. Alhamdulillah Ya Allah.

“Assalamualaikum wahai anakku Aura Medina binti Mohd Harris @auraa.medina ðŸ’ž 2.76KG. Baby Lato Lato @ashamerican,” tulisnya.

Sebelum ini, pasangan tersebut kerap mencuri perhatian ramai apabila Asha yang juga seorang pelakon sering mengimam yang pelik-pelik sepanjang kehamilannya.

Antaranya, pelakon itu telah mengidam bau simen, bermain lato lato dan kali terakhir mengidam memakan sabun, malah sempat memakannya sebelum mengeluarkannya semula.

Dalam pada itu, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulung pasangan berkenaan. – KopiPlanet.com

The post Harris Annuar Dikurniakan Cahaya Mata Perempuan, Gelar Anaknya Baby Lato Lato appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.