Diana Danielle Nafi Orang Ketiga Jadi Punca Mahu Bercerai, Anggap Ia Satu Fitnah
Pelakon popular, Diana Danielle menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan orang ketiga menjadi punca dia mahu bercerai dengan Farid Kamil.
Diana bertegas bahawa apa yang dikatakan oleh suaminya itu berkenaan orang ketiga sebagai punca adalah satu fitnah.
“Fitnah… fitnah…. Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin saya.
“Cincin yang dia nak bagi tu dia dah hilangkan selama lapan tahun. Baru hari ni dia belikan balik cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun,” ujarnya.
Pada pagi tadi, Farid dan Diana telah hadir ke mahkamah bagi proses lantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Dalam pada itu, mengenai kenyataan Farid yang mendakwa sudah 23 hari tidak dapat bertemu dengan kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora, pelakon berkenaan enggan mengulas lanjut.
“Aurora trauma,” ujarnya ringkas.
Sebelum ini, pada 20 Mac lalu Diana telah menfailkan penceraian terhadap suaminya atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). – KopiPlanet.com
The post Diana Danielle Nafi Orang Ketiga Jadi Punca Mahu Bercerai, Anggap Ia Satu Fitnah appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: