Ads Top

Bangkitkan Isu Pihak Ketiga, Farid Kamil Dakwa Ada Bukti Bergambar

Pelakon popular, Farid Kamil mendakwa dia mempunyai bukti bergambar susulan mengenai pihak ketiga yang dibangkitkan olehnya berkenaan kemelut hubungannya bersama isteri, Diana Danielle.

Bagaimanapun, Farid menyatakan dia tidak boleh menunjukkan gambar tersebut dan ia akan hanya didedahkan di mahkmah sahaja nanti.

“Saya tak keluarkan kata-kata begitu (dakwaan curang), tetapi saya ada mempunyai bukti bergambar.

“Cuma memang saya tak boleh tunjuk kepada umum sekarang dan hanya akan didedahkan di mahkamah,” katanya.

Farid berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Gold terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd. hari ini.

Dalam filem berkenaan, pelakon berkenaan membawakan watak sebagai legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.

Menurut pelakon Anwar The Untold Story itu lagi, dia juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan persepsi negatif.

“Macam saya kata tadi, hal yang peribadi mengenai isteri dan anak-anak, tak mahu mencetuskan persepsi yang boleh mengaibkan mereka,” ujarnya. – KopiPlanet.com 

The post Bangkitkan Isu Pihak Ketiga, Farid Kamil Dakwa Ada Bukti Bergambar appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.