Ads Top

Ariani Kembali Dengan Koleksi Ariani Layar Raya 2023, Tampil Rekaan Hijab & Busana Lebih Segar

Sempena dengan sambutan lebaran tahun ini, Ariani kembali dengan membawakan koleksi ARIANI LAYAR RAYA 2023 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna- warna menarik untuk digayakan dimusim lebaran ini.

Dalam satu pertunjukkan fesyen baru-baru ini, koleksi ARIANI dipersembahkan dengan cara yang unik iaitu dengan menampilkan artis profesional sebagai penyanyi pengiring ketika fashion runway dipersembahkan.

Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, ARIANI mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan.

Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.

Menurut Datin Farah Haryani, ARIANI juga mencipta sejarah baru kerana berjaya membuka House of ARIANI (HOA) pada 10 Mac 2023.

Bangunan tersergam indah bersaiz keluasan 37,100 meter persegi menjadikan HOA sebagai gedung tudung & butik pakaian muslimah wanita terbesar di Malaysia yang mempunyai 4 aras ini menempatkan kesemua koleksi ARIANI di bawah satu bumbung.

Majlis pada petang itu dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada petikan gitar professional daripada Man Kidal Bersama penyanyi Amir Masdi medendangkan lagu sejati, sebagai simbolik kepada peminat setia ARIANI yang terus menyokong selama jenama ini berada di pasaran.

Membuka majlis pertunjukan fesyen pada petang itu, lebih 30 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan tudung printed yang terdiri daripada voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, shawl bersulam, instant.

Kesemua koleksi ini direka dengan menyuntik pengalaman perayaan penuh glamor dan warna warni dalam helaian tudung yang selesa dan praktikal dengan sentuhan motif unsur alam, bunga- bungaan dan cetakan abstrak.

Segmen kedua pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari ARIANI LUXE. ARIANI LUXE adalah rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif.

ARIANI LUXE ditafsir sebagai sebuah jenama hijab premium yang mampu membangkitkan pesona dan personaliti wanita dalam berfesyen.

ARIANI berpaksikan dengan identiti jenama ini yang sentiasa menghasilkan koleksi selendang dan hijab pada harga terbaik dan berpatutan seiring dengan kualiti tudung yang dihasilkan, baik untuk pasaran butik fizikal juga untuk pasaran online. Kesemua koleksi tudung ARIANI LAYAR RAYA 2023 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia.

Pada tahun ini juga ARIANI tampil kelainan apabila buat pertama kalinya melancarkan sub-brand baru khas kepada kaum adam, iaitu ARYAN.

Bermula dari kanak-kanak sehingga golongan dewasa, ARYAN adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan kelainan untuk bergaya di musim lebaran nanti. Koleksi ARYAN juga amat rapat dengan perwatakan lelaki di luar sana yang sukakan imej ringkas dan selesa.

Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon & kurta ditampilkan buat pertama kalinya kepada para jemputan dan akan dijual secara eksklusif di House of Ariani.

Pada masa sama, ia turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Datin Lisa Surihani yang juga merupakan duta Ariani yang baharu, pengacara Uyaina Arshad dan pelakon Bella Dally.

ARIANI RTW menampilkan 109 koleksi lebaran sambil diiringi dengan persembahan Erni Zakri dan Syamel yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah. Menerusi koleksi ini, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI tatkala meraikan Aidilfitri.

Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, ARIANI RTW mahukan setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa dengan memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki disamping rekaan yang minimal dan elegan.

Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL. Malah pada tahun ini juga, ARIANI RTW turut memperkenalkan rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya.

Kemuncak majlis pada petang itu adalah pertunjukan fesyen dari The Premium Series by ARIANI RTW khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad.

Pertunjukan fesyen bagi segmen ini diserikan lagi dengan kehebatan paduan vokal pasangan Erni Zakri dan Syamel. Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.

Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 800 tetamu dan turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Datin Seri Fatimah Binti Taha, isteri kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup. – KopiPlanet.com

The post Ariani Kembali Dengan Koleksi Ariani Layar Raya 2023, Tampil Rekaan Hijab & Busana Lebih Segar appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.