Wafahish Tampil Membawa Pendengar Merentas Masa Menerusi Waktu
Menyusuli single berjudul ‘Ikatan Kita’ pada Jun 2022 lalu; penyanyi dari kumpulan Bahiyya Haneesa, Wafahish sekali lagi tampil dengan single terbaru beliau yang berjudul ‘Waktu’.
Lagu ini susulan daripada beberapa fasa yang Wafa alami dalam kehidupannya belakangan ini, Wafahish merasakan ‘Waktu’ merupakan sebuah karya untuk memperingati serta menghargai bibit-bibit memori tersebut sebagai kenangan terindah di dalam perjalanan hidupnya, biarpun impaknya ternyata mendalam buat penyanyi berumur 27 tahun ini.
Waktu yang juga judul single terbaru dari Wafahish ini ternyata menjadi medium untuk beliau mengekspresikan perasaan beliau dalam warkah nyanyiannya kepada para pendengar.
Hasil kolaborasi bersama teman seperjuangan muzik beliau iaitu Khair Hisham dalam menghasilkan lirik, penyanyi ini meletakkan dirinya sebagai penghibur atau penyanyi yang mampu menzahirkan penceritaan melalui nyanyian. Selain itu, beliau yakin bahawa dapat merentasi lapisan umur masyarakat.
Berpaksikan muzik jenis balada, sama seperti single pertamanya iaitu ‘Ikatan Kita’; beliau kini tampil dengan alunan komposisi klasik yang disulam rapi dengan susunan lirik yang lebih moden bakal ini menjadi taruhan beliau dalam usaha memenangi hati pendengar.
Meskipun lagu ‘Waktu’ ditulis sebagai sebuah karya yang dicipta secara umumnya menjadi halwa telinga para pendengar, namun mesej lagu ini cuba disampaikan ialah “Setiap insan pasti melalui warna-warni dan juga pahit manis bersama orang yang tersayang.
Namun, ‘Waktu’ tampil sebagai salah satu untuk mendekati pendengar dalam menyampaikan mesej supaya menghargai detik-detik tersebut. Inspirasi single ini hadir daripada penghayatan emosi saya ketika dunia kita telah dilanda fasa pandemik COVID-19 yang semestinya ada menghadirkan memori-memori pahit buat seluruh rakyat Malaysia”.
Titik permulaan kisah ‘Waktu’ bermula apabila beliau meneliti sebuah tren di media sosial yang berceritakan tentang pahitnya perasaan kehilangan ahli keluarga yang tersayang.
Beliau mendalami kisah-kisah yang berlaku semasa negara melalui fasa tersebut, lalu melahirkan rasa ingin untuk berkongsi emosi serta pengalaman yang turut dilalui dirinya. Tambahnya lagi, semua pendengar harus percaya akan ada sinar yang hadir menyusuli setiap dugaan hidup, di mana setiap kesulitan pasti akan ada hikmahnya.
Selain itu, Wafa cuba untuk mendekati pendengarnya, dengan menterjemahkan monolog dirinya “masa bersama dengan orang tersayang adalah sebuah memori yang perlu dihargai.
Setiap kenangan indah perlukan menikmati dan dihayati. Manakala kenangan pahit pula merupakan sebahagian dari roda kehidupan yang pasti akan ada hikmah disebaliknya. Bagai ada sinar di hujung terowong”.
‘Waktu’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, YouTutube & YouTube Music. – KopiPlanet.com
The post Wafahish Tampil Membawa Pendengar Merentas Masa Menerusi Waktu appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: