Maggi Mi Kari Jadi Makanan Kegemaran Melly Goeslaw, Sanggup Beli Sampai Tiga Kotak Bawa Pulang Ke Indonesia
Penyanyi dan komposer hebat, Melly Goeslaw mengakui makanan maggi mi perisa kari merupakan makanan kegemarannya apabila datang ke Malaysia buat kali pertama 10 tahun lalu.
Melly berkata, apabila ada rakan-rakannya berkunjung ke negara ini, antara barang yang diminta untuk dikirim olehnya adalah makanan tersebut.
“Memang dari dulu saya sangat gemar dengan maggi mi kari. Sebelum pulang ke Indonesia semula, saya dah beli tiga kotak.
“Pada saya Maggi Mi kari ini rasanya memang cukup ‘strong’. Sebab itu kalau ada rakan-rakan yang datang Malaysia, saya akan kirim untuk dibelikan maggi mi kari,” ujarnya.
Melly berkata demikian ketika ditemui media sewaktu sidang akhbar konsert Ada Apa Dengan Melly yang berlangsung baru-baru ini.
Dalam pada itu, penyanyi itu memaklumkan kini dia sudah mengawal pemakanannya selepas menjalani pembedahan bariatrik atau lebih dikenali sebagai ‘potong usus’.
Dedah Melly, sebelum ini berat badannya pernah mencapai sehingga 100 kilogram, sehinggalah dia mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan berkenaan.
“Kalau dahulu saya akan makan apa sahaja yang digemari, kini saya cuba untuk kawal dan kadang-kadang makan tiga hingga empat suap nasi pun dah buat saya kenyang,” ujarnya.
Ditanya mengenai persiapan menjelang konsertnya yang akan berlangsung pada 3 Februari ini di Plenary Hall, KLCC, Melly memberitahu dia kini dalam persiapan untuk dari sudut fizikal.
“Untuk konsert nanti saya akan menyanyikan lebih 30 buah lagu dan pada usia saya yang sudah mencecah 49 tahun, pastinya saya memerlukan stamina yang kuat,” jelasnya. – KopiPlanet.com
The post Maggi Mi Kari Jadi Makanan Kegemaran Melly Goeslaw, Sanggup Beli Sampai Tiga Kotak Bawa Pulang Ke Indonesia appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: