Ads Top

Hadir Ke Majlis Ilmu, Jasmine Suraya Anggap Ia Satu Perjalanan Yang Cukup Indah… Akui Turut Pergi Kelas Tahfiz

Pelakon popular Jasmine Suraya menyatakan dia terpaksa memakai pelitup muka untuk elak dikenali ketika menghadiri majlis ilmu anjuran Neelofa.

Jasmine berkata, biarpun kehadirannya ke majlis ilmu berkenaan sekadar untuk mendengar apa yang disampaikan serta mengakui turut pergi ke kelas tahfiz.

“Semasa hadir tu saya tak mahu ada orang yang kenal, jadi saya pakai pelitup muka dan duduk di bahagian belakang tetapi masih ada yang mengenai saya.

“Selain itu, saya juga ada menghadiri kelas tahfiz dan berasa ia adalah merupakan satu perjalanan yang cukup indah dalam kehidupan,” ujarnya.

Jasmine berkata demikian ketika ditemui semasa berlangsung Festival Filem Malaysia ke-32 yang berlangsung baru-baru ini.

Ditanya mengenai apa yang membuat dirinya tertarik untuk menghadiri majlis ilmu dan kelas tahfiz, pelakon itu mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenainya.

“Kalau boleh biarlah saya belajar perlahan-lahan dan tidak mahu cerita lebih lanjut kerana membabitkan peribadi. Lagipun saya tak mahu ada yang asyik bertanya mengenainya.

“Namun, apa yang membuat saya gembira apabila ramai lebih terbuka dengan apa yang saya lakukan berbanding mempersoalkannya. Pada mulanya agak risau kalau ramai yang menghakimi, tetapi sebaliknya yang berlaku,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Hadir Ke Majlis Ilmu, Jasmine Suraya Anggap Ia Satu Perjalanan Yang Cukup Indah… Akui Turut Pergi Kelas Tahfiz appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.