Ads Top

Aisha Retno Kongsi Kisah Percintaannya Yang Lebih Matang Dalam Single Baharu ILSM

Susulan single tulisan serta nyanyian artis bernama Aisha Retno berjudul, ‘W.H.U.T (Wanna Hold U Tight)’ yang mendapat lebih daripada 35 juta strim sejak penampilan sulung beliau, tahun lalu. Susulan daripada itu, beliau kini tampil dengan singlenya yang terkini berjudul, ‘ILSM (I Love Sadness More)’, yang berkisarkan transisi penyembuhan intrapersonal.

Olahan daripada rasa yang dipendam serta sisi seninya, ‘ILSM’ menjadi medium ekperimentasi Aisha Retno terutama melalui sudut runut instrumentasinya, dalam cubaan untuk terus menyajikan peminatnya dengan dinamik susunan single terbarunya ini.

Aisha berkata, ILSM ini merupakan sebuah karya khas buat peminat yang telah banyak menyokong dan mendengar lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini sehingga mendapat sambutan hangat.

“Lagu ILSM ini adalah sebagai tanda terima kasih saya, sehinggakan lagu sebelum ini sudah distream sampai 32 juta di platform Spotify.

“Sama seperti W.H.U.T, lagu ILSM ini juga sangat peribadi buat diri saya sebab kedua-duanya berdasarkan kepada kisah benar saya dalam alam percintaan.

“Kalau lagu W.H.U.T sebelum ini, ia lebih kepada kisah cinta monyet, namun untuk ILSM pula ia lebih berkisar kepada percintaan yang lebih matang,” ujarnya.

Dari gesekan biola kecil, hinggalah ke komposisi orkestra yang diseling dengan drum 808, setiap elemen serta sonik yang ditulisnya dianyam cantik– dalam usaha mengubat rindu peminatnya yang kian lama menantikan single terbaharunya ini.

Diilhamkan oleh gaya muzik rakan seangkatan seperti  Madison Beer dan Ariana Grande, single terbaru Aisha Retno juga turut sedikit sebanyak menyajikan pendengar dengan elemen elemen lagu tema Disney sekitar 40-50an yang ingin diketengahkannya melalui ‘ILSM’.

Tambahnya lagi pendekatan yang lebih moden yang diadun pula dengan susunan orkestra tulisannya itu bakal menggamit memori sejenak generasi selain pendengar sedia ada.

‘ILSM’ secara amnya menggambarkan krisis dalaman seseorang yang cuba menangani memori masa lalu yang acapkali menghantui diri kita tatkala cuba untuk treus maju ke hadapan.

Lagu Inggeris pertama penyanyi serta penulis lagu yang berjudul ‘W.H.U.T’ ini tadi memperincikan asam garam serta juga kisah cinta yang dialami dirinya tatkala dirinya masih ‘bertatih’ di alam dewasa.

Julung kalinya, Aisha Retno berazam untuk menggali dengan lebih mendalam lagi kebolehan diri beliau melalui nukilan single terbarunya ini.

“Saya benar-benar ingin mencurahkan segalanya menerusi ‘ILSM’ untukberkongsi bersama-sama mereka di luar sana yang menyayangi itu tidak semestinya memiliki,” ujarnya.

Cuba berhubung dengan pendengar melalui cara penceritaannya yang  tulen, penyanyi ini ingin pendengar merasakan apa yang saya rasa mengambil masa untuk meneruskan serta menyembuhkan diri dari masa lalu mengikut kadar dan upaya diri sendiri. – KopiPlanet.com

The post Aisha Retno Kongsi Kisah Percintaannya Yang Lebih Matang Dalam Single Baharu ILSM appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.