Ads Top

Syarikat Leslar Entertainment Ditutup, Bekas Pengurus Nafi Lesti Kejora & Rizky Billar Sudah Muflis

Setelah selesai berhadapan dengan krisis rumah tangga, timbul pula kisah yang mengatakan pasangan Lesti Kejora dan Rizky Billar kini sudah muflis.

Ia berikutan tindakan pasangan tersebut mengambil tindakan untuk menghentikan operasi syarikat mereka, Leslar Entertainment, sekali gus membuang semua pekerja.

Namun begitu, perkara berkenaan lantas dinafikan oleh bekas pengurus mereka, Ariel Lobster atau Boril yang menyatakan kedua-duanya dalam keadaan yang baik.

“Apa yang paling penting, kebanyakan cerita yang tersebar tidak semuanya yang betul dan tidak bersandarkan kepada fakta.

“Lebih utama kita doakan sahaja buat mereka dan secara peribadi saya mahu beritahu kepada mereka di luar sana berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu perkara,” jelasnya.

Sebelum ini, cerita tentang pasangan itu yang sudah muflis tersebar apabila salah satu puncanya disebabkan pemecatan Rizky daripada menjadi pengacara Dangdut Academy 5 berhubung kes keganasan rumah tangga.

Dalam pada itu, Boril memberitahu tindakan Lesti dan Rizky menutup operasi syarikat mereka adalah disebabkan mahu memberi tumpuan kepada keluarga. – KopiPlanet.com

The post Syarikat Leslar Entertainment Ditutup, Bekas Pengurus Nafi Lesti Kejora & Rizky Billar Sudah Muflis appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.