Enggan Balas Sebarang Kenyataan Bekas Suami, Lufya Omar Failkan Kes Ke Mahkamah
Pelakon popular Lufya enggan membalas sebarang kenyataan yang dibuat oleh bekas suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz yang didakwa difitnah berkenaan nafkah anak.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Lufya memberitahu dia telah dinasihatkan oleh peguammya untuk menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan keadilan.
“Saya tak perlu balas. Saya dinasihatkan oleh peguam yang dilantik untuk menggunakan saluran yang tepat bagi mendapatkan keadilan dan kebenaran.
“Kes telah difailkan di Mahkamah dan saya serahkan pada pihak yang berkuasa. Semoga Allah melindungi kami anak beranak. Aamin,” tulisnya.
Sebelum ini, bekas suami kepada Lufya itu telah membuat satu laporan polis berkenaan kenyataan yang dibuat oleh Lufya menerusi media sosial.
Dr Che Hafiz menyangkal dakwaan yang mengatakan tidak memberi nafkah kepada anak sejak mereka bercerai pada Julai 2020.
Malah, dia mempunyai bukti dan mahu bekas isterinya itu tidak menggunakan media sosial dengan menyebarkan perkara yang tidak benar. – KopiPlanet.com
The post Enggan Balas Sebarang Kenyataan Bekas Suami, Lufya Omar Failkan Kes Ke Mahkamah appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: