Ads Top

Didakwa Difitnah Lufya Omar, Dr Che Hafiz & Julia Farhana Marin Buat Laporan Polis… Akhirnya Terdedah Kedua-duanya Bakal Berkahwin

Bekas suami kepada Lufya Omar, Dr Che Hafiz telah membuat satu laporan polis berkenaan fitnah terhadap isu nafkah anak yang dibangkitkan penyanyi itu.

Hafiz berkata, dia menyangkal dakwaan yang mengatakan tidak memberi nafkah kepada anak sejak mereka bercerai pada Julai 2020, malah mempunyai bukti dan mahu bekas isterinya itu tidak menggunakan media sosial dengan menyebarkan perkara yang tidak benar.

“Soal isu pemberian nafkah anak. Saya sebagai seorang bapa kandung sudah pasti saya tahu akan tanggungjawab saya dan sudah tentu saya tidak akan abaikan anak saya sendiri. Saya ada bukti yang kukuh untuk diberikan kepada pihak Mahkamah.

“Jadi saya harap dia gunakan saluran yang betul dan bukan nya jadi seperti budak-budak main lepas perasaan di media sosial yg dimana perkara sebegini boleh minimbulkan spekulasi yang salah oleh masyarakat terhadap saya,” ujarnya menerusi satu perkongsian di Instagram.

Menerusi posting berkenaan, dia juga turut memaparkan satu salinan laporan polis yang dipercayai dibuat berkenaan dakwaan fitnah Lufya terhadap dirinya. 

Pada masa sama, dia menyifatkan tindakan Lufya sebagai melampau, meskipun mengambil jalan dengan berbincang untuk mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan semua kemelut melibatkan mereka berdua sebelum ini.

“Saya jaga aib dia selama ini dan rasa tidak perlu dedahkan kerana dia bukan lagi isteri saya. Dia sudah melampau dan saya harap dia dapat gunakan saluran tepat bagi menyelesaikan isu yang timbul.

“Saya dan bakal isteri cuma nak cari jalan penyelesaian yang baik untuk Haura dan sudah cuba terbaik berbincang dengannya tetapi ditolak malah dibalas pula dengan kata-kata kurang sopan serta fitnah,” jelasnya.

Dalam pada itu, dalam posting yang berlainan pula, pelakon Julia Farhana Marin turut membuat laporan polis apabila mendakwa dia turut menjadi mangsa fitnah Lufya.

Menerusi perkongsian di Instagram, dia menyatakan yang dia terpaksa membuat laporan polis bagi mempertahankankan dirinya.

“Kenapa bila dah dekat tarikh perkahwinan baru terjadi semua ini? Saya buat laporan polis kerana sahabat dan rakan kongsi perniagaan saya diganggu dengan gambar-gambar saya di tempat awam berserta pelbagai fitnah.

Fitnah besar (berbukti) bahawa saya melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Itu tujuan laporan polis dibuat,” katanya.

Julia berkata, dia pernah cuba untuk berbincang dengan Lufya, tetapi perbincangan itu tidak berakhir dengan baik sehinggakan dia difitnah dengan tuduhan tidak berasas.

“Berkali-kali bakal suami nasihatkan supaya jangan berhubung dengannya. Saya degil. Saya respon sebab apa? Sebab nak hormati dia dan buka peluang untuknya berbincang dengan saya sekiranya diperlukan.

“Lagipun saya tiada masalah kalau nak berbincang, bagaimanapun saya dihina. Tunang saya terima fitnah dan hinaan tentang saya. Namun saya masih kata tidak mengapa. Mungkin dia salah faham. Sekarang, secara umum?,” luahnya.

Pelakon itu juga menjelaskan dia sedia menerima kisah masa lalu bakal suaminya dan niatnya pula hanya untuk berbaik dengan Lufya.

Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Namun begitu, pasangan tersebut bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syarikah Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor. – KopiPlanet.com

The post Didakwa Difitnah Lufya Omar, Dr Che Hafiz & Julia Farhana Marin Buat Laporan Polis… Akhirnya Terdedah Kedua-duanya Bakal Berkahwin appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.