Ads Top

Demi Hasilkan Naskhah Berkualiti & Miliki Kelainan, Jaja Ishak Sanggup Keluarkan Kos Yang Tinggi Jalani Penggambaran Di Pahang

Secara kebiasannya, kebanyakan syarikat produksi dilihat lebih gemar menjalani penggambaran di kawasan sekitar Lembah Klang.

Namun begitu, penerbit Jaja Ishak yang juga pemilik Jaja Ishak Channel Sdn. Bhd. menyatakan dia lebih gemar memilih negeri Pahang sebagai lokasi penggambaran untuk syarikat produksinya.

“Sebagai seorang anak jati negeri Pahang, memang saya lebih selesa penggambaran dilakukan di negeri kelahiran sendiri untuk setiap nashkah yang dihasilkan.

“Lagipun Pahang merupakan sebuah negeri yang luas dan mempunyai banyak lokasi-lokasi yang cantik dan indah serta menjadi tarikan terutama sekali dalam sektor pelancongan,” ujarnya.

Jaja mengakui kos yang agak tinggi terpaksa dikeluarkan seperti pengangkutan, minyak dan penginapan pelakon serta kru produksi.

Bagaimanapun, dia menyatakan tidak kisah jika perlu mengeluarkan kos yang lebih, asalkan setiap naskhah yang dihasilkan berkualiti dan memiliki kelainan berbanding nashkah rakan-rakan penerbit lain.

“Kalau penggambaran dilakukan di Lembah Klang mungkin lebih jimat sebab kebanyakan pelakon dan kru menetap di Kuala Lumpur atau Selangor.

“Cuma, saya tetap memilih negeri Pahang untuk menjalani penggambaran kerana pada sama saya dapat mempromosikan lokasi-lokasi menarik di negeri sendiri,” jelasnya.

Ujarnya lagi, dia turut menyarankan rakan-rakan penerbit yang lain agar memilih Pahang sebagai lokasi penggambaran pada masa akan datang.

“Kalau diikutkan kerajaan negeri (Pahang) juga mengalu-alukan jika hendak menjalani penggambaran, malah mereka bersedia memberikan sebarang bantuan sekiranya diperlukan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Demi Hasilkan Naskhah Berkualiti & Miliki Kelainan, Jaja Ishak Sanggup Keluarkan Kos Yang Tinggi Jalani Penggambaran Di Pahang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.