Ads Top

Bunga Citta Lestari Luah Rasa Sedih Jadi Mangsa Body Shaming, Nafi Dirinya Sedang Hamil

Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari menolak sekeras-kerasnya tuduhan yang mengatakan dirinya sedang hamil anak kepada vokalis kumpulan Noah iaitu Ariel.

Bunga atau BCL berkata, dia juga berasa sedih apabila menjadi mangsa body shaming berikutan perutnya yang kelihatan sedikit buncit.

“Saya lebih sedih kerana menjadi mangsa kepada body shaming. Lagipun perut sebegini normal kerana saya seorang kuat makan dan suka makan malam-malam.

“Menerusi foto yang diambil, mungkin tak semua orang faham angle gambar dilihat atau mungkin perut saya sedang bloating atau sedang datang bulan. Semuanya berkemungkinan dan itu menyebabkan bentuk perut saya berubah,” ujarnya yang turut menunjukkan bentuk perutnya di hadapan pihak media.

BCL berkata demikian kepada media selepas berlangsungnya Majlis Sidang Media Konsert Blossom Intimate Concert di Kuala Lumpur Convention Centre semalam.

Dalam pada itu, mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Ariel, BCL memberitahu hubungan mereka tidak lebih daripada teman baik sejak arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair masih hidup.

“Ariel hanyalah sekadar teman baik saya dan hubungan baik itu sudah berlaku sejak arwah Ashraf masih ada. 

“Pada saya netizen memang suka buat gosip, sedangkan mereka tidak tahu dan tidak bersama saya setiap hari. Saya tak salahkan mereka dan semua gosip yang timbul sekadar kepada hiburan,” jelasnya.

BCL bakal mengadakan konsertnya di Malaysia menerusi BCL Blossom Intimate Concert yang akan berlangsung pada 27 Januari 2023.

Konsert itu bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam.

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan akan mula dijual mula 11 November ini pada pukul 11.00 pagi. – KopiPlanet.com

The post Bunga Citta Lestari Luah Rasa Sedih Jadi Mangsa Body Shaming, Nafi Dirinya Sedang Hamil appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.