Ads Top

“Saya Memang Nak Tunjuk Saya Jaga Hubungan Dengan Allah” – Dikecam Buat ‘Live’ Sedang Solat, Ifa Raziah Akui Sengaja Nak Menunjuk

Nama usahawan dan penyanyi Ifa Raziah sekali lagi menjadi sebutan apabila membuat IG Live yang memaparkan dia sedang mengerjakan solat baru-baru ini.

Ifa berkata, dia memang sengaja mahu menunjuk kepada netizen bahawa dia masih menunaikan solat dan menafikan bahawa telah mencabar Allah seperti yang didakwa sebelum ini.

“Saya memang nak tunjuk saya solat dan menjaga huhungan dengan Allah. Sebelum masuk waktu saya dah bersedia untuk solat. Saya nak membuktikan yang saya ingat Adan tak pernah cabar Allah seperti yang didakwa.

“Netizen asyik cakap saya jahil dan ahli neraka kerana katanya saya ni cabar Allah. Kalau saya cabar Allah tak kan la saya sembahyang? Memang solat ni tak perlu tunjuk tapi saya geram dengan netizen yang mengata dan menuduh saya bermacam-macam,” katanya.

Ifa berkata demikian ketika ditemui sewaktu sidang akhbar yang memperkenalkannya sebagai salah seorang wajah produk terbaharu Jovian iaitu Wonder Suit di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya hari ini.

Penyanyi lagu Ser Ser Ser itu mendapat kecaman hebat netizen sebelum dia tampil membuat IG Live ketika sedang solat beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, Ifa menegaskan netizen tidak boleh mengadili sudut penampilannya sahaja, sebaliknya perlu mengenali dirinya dahulu.

Jelasnya, dia tidak pernah lupa untuk menunaikan solat malam, malah turut mengerjakan solat sunat tahajud hampir setiap malam. 

“Orang tidak duduk serumah dengan saya, tak tahu saya solat atau tidak. Jangan ingat saya tak bertudung, saya tak lalukan perkara wajib seperti menjaga hubungan dengan Allah.

“Sudah menjadi rutin saya bangun pada pukul 4.30 pagi untuk tahajud dan seterusanya menunaikan Subuh dan mengaji serta berzikir. Kemudian saya akan kembali tidur pada jam 8.00 pagi hingga ke 12.00 tengah hari.

Pada masa sama,  Ifa mengatakan dia juga sentiasa dalam proses memperbaiki diri, terutama sekali untuk berhijab.

“Cuma Allah saja tahu yang saya kini sudah banyak berubah dan saya pun selalu hendak perbaiki diri. Cuma buat masa ini belum berhijab sahaja,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Saya Memang Nak Tunjuk Saya Jaga Hubungan Dengan Allah” – Dikecam Buat ‘Live’ Sedang Solat, Ifa Raziah Akui Sengaja Nak Menunjuk appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.